Kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi.. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain.. Pada 13-15 April lepas telah berlangsung Pesta Kaul Oya di Arena D'Sanglau, Oya, Dalat.. Manakala Pesta Kaul Mukah bakal berlangsung pada 21-29 April ni di Tapak Pesta Kaul, Kuala Dana, Mukah..
Perayaan Kaul dipraktikkan oleh golongan yang masih berpegang kepada kepercayaan lama, manakala bagi Melanau Islam dan Kristian acara itu lebih kepada acara sosial serta dianggap sebagai satu keramaian sahaja.. Pesta Kaul juga perlu berkembang sesuai dengan perkembangan zaman tanpa mengenepikan ciri-ciri budaya unik yang diwarisi sejak turun temurun..
Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau 'Pagan' untuk memohon restu daripada penunggu laut,darat,ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki.. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu..
Tibow.. |
Permainan wajid ketika pesta ini adalah 'Tibow'.. 'Tibow' merupakan sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular.. Dikenali sebagai Pisa' Tibow, permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah.. Dan sebagai pemainan yang digemari ramai.. Waktu inilah anak-anak muda berkaul dan ia sebenarnya merupakan pesta untuk mencari jodoh.. hihihiii..
Pesta yang disambut setiap tahun ini menjadi simbol kepada perpaduan erat pelbagai kaum yang hidup rukun damai di Sarawak sejak sekian lama dan sy pula berasal dari suku Kaum Melanau Oya.. Bezanya, sy Melanau celup sebab tu tak reti sangat nak cakap melanau.. hihihiii.. Tambahan pula sy membesar di kalangan orang melayu.. Tapi sepatah dua tu sy masih boleh faham lagi.. huhuu..
0 Budak Comel:
Post a Comment