Cantik atau Anggun..?? Apa pula jadinya kalau jelik dianggap cantik & anggun..?? Siapa pula gerangan nya..?? Apa2 aje la maksudnya atau walau datang dalam pelbagai bentuk bahasa atau bangsa, ianya tetap menjadi subjek buruan & impian.. Bagaimana pula kalo kita menilai 'cantik' & 'anggun' mengikut acuan budaya & bangsa melayu..??
Puan Sri Saloma |
Ok, ketepikan sebentar kehadiran bedak asas, maskara, pelentik bulu mata & sagala bagai bantuan alat2 solek moden termasuklah Simply Siti yg membanjiri toko2 terkemuka.. Jom kembalikan semula nostalgia bedak batu nasila, celak mekah & gincu merah darah macam zaman Puan Sri Saloma.. Mampukah bilangan alat solek yg sebanyak ini menzahirkan kecantikan & keanggunan gadis2 zaman lampau..??
Datin Seri Tiara Jacquelina |
Pernah tak terlintas di minda uols bagaimana rupawannya serta indahnya paras Puteri Gunung Ledang sehingga mampu memancing perasaan cinta Sultan Melaka & Hulubalangnya, Hang Tuah..?? Apakah Puteri Gunung Ledang ni cantik dengan kewujudan alat solek yg seadanya..?? Jika Puteri ni digilai Sultan & pembesar serta mampu mencetuskan pergolakan kerana 'kecantikan' , tentunya Puteri ni sangatlah cantik pada mata lelaki2 zaman tu.. Tapi sy tau Datin Seri Tiara Jacquelina a.k.a Puteri Gunung Ledang Filem tu cantik.. hihihiii..
Apa2 pun semua tu membawa kepada wujudnya falsafah, cantik itu subjektif & penerimaan 'cantik' & 'anggun' memberikan tafsiran yg brbeza-beza.. Bak kata orang melayu, kening hitam menebal, pipi gebu, rambut ikal & brkulit putih kuning membawa kepada pengertian cantik & anggun.. Tetapi, relevankah wajah sedemikian dikatakan cantik atau anggun untuk abad ni..?? Teringat pulak dialog Datuk Aziz Satar dalam filem Seniman Bujang Lapok.. "..oh adindaku yang cantik jelita, hidungmu mancung bagai seludang, rambutmu hitam jambul di depan,berbaju bunga seluar yankee,berkaki ayam.." kehkehkehhhh.. Lawak la Datuk Aziz Satar..
Erra Fazira.. Ratu Cantik Malaysia 1992 |
Zaman cantik & anggun ni berevolusi meniti jejak zaman dengan penerimaan & tafsiran yg brbeza-beza.. Semakin masa beredar, semakin subjektif istilah tersebut diterima pakai.. Masakan tidak, uols lihat je pentas peragaan dengan kehadiran model pelbagai bangsa dengan kecantikan & keanggunan tersendiri.. Bayangkan jika yg putih gebu, bermata bak kejora, leher jinjang & kulit bak telur dikupas je dianggap cantik.. Bagi sy Erra Fazira lagi cantik sebab dier kan bekas Ratu Cantik Malaysia kan.. hihihi..
0 Budak Comel:
Post a Comment