>

And now ...?

  • Jokes have to be immoral or racist to be funny..
  • Clothes have to be in style and that's all people care about..
  • A friendship is determined by what you look like..
  • Nervous is an apology for making the WORST decision ever..
  • Having a boyfriend is the best game ever..
  • You are mad at someone for months..
  • The tears are because if hidden pain..
  • Friendships are only about who's pretty..
  • Sleeping last an hour because your worried and stay up crying..
  • Pictures are only for Facebook..
  • You can't go a day without texting..
  • We are all WAY to guilty..
  • Healing seems to take forever..
  • Songs are all inappropriate..
  • lol means laugh out loud..
  • Trouble means no party on Friday night..
  • Jokes are "say 'in bed' after every sentence"..
  • Movie are all is bored..
  • Fights are over who has the best date and who is going to the dance on Friday..
  • When forgiveness take months and gaining trust takes years..

Then ...

I miss the times when :


  • we could laugh at the lamest jokes..
  • when we could wear anything we wanted..
  • when no one would ever judge us..
  • when nervous was "having to pee"..
  • when hide and seek was the funniest game ever..
  • when mad was only for 5 seconds..
  • when the only tears were from cuts..
  • when counseling was " she's mad at me"..
  • when friendships were "BFF"..
  • when she won't talk to me over a pencil..
  • when sleeping was all night long..
  • when pictures were made for memories..

  • when texting was lame..
  • when we were all innocent..
  • when songs were " Old McDonald Had a Farm"..
  • when lol meant lots of love..
  • when trouble was time out..
  • when we all wanted to grow up..
  • when the jokes were " girls rule, boys drool"..
  • when movies were princesses..
  • when fights were over what team you went for..
  • when forgiveness was simple and trust was regained easily..

10 Cara Meraikan Hari Ibu ...

Anyonghasaeyo ..

Esok 13 Mei merupakan Hari Ibu.. Bagi yg nak menyambut Hari Ibu tu jom kita kongsi sama-sama bagaimana mengharukan Mama di hari istimewanya..

  • Mulakan pagi 13 Mei penuh makna dengan menghadiahkan kucupan di pipi Ibu sambil membisikkan ucapan selamat buatnya..
  • Antara hadiah terbaik buat Ibu adalah dengan membawanya berehat & menenangkan fikiran seperti mengunjungi spa atau bercuti.. Esok kan hari ahad..
  • Paling tidak, duduklah bersama Ibu sepanjang malam sambil bercerita tentang kenangan-kenangan manis yg mampu menyegarkan ingatannya.. 
  • Buat kad untuk ditandatanganioleh semua adik beradik kemudian coretkan sedikit kata-kata khas daripada setiap orang untuk Ibu yg membuatkannya tersentuh..
  • Lakukan aktiviti bersama Ibu andai sebelum ni uols tidak berpeluang berkebun, mengubah bunga atau memasak dengannya tetapi hari ni cuba temaninya sepanjang hari..
  • Tiada yg lebih membahagiakan Ibu apabila dapat berkumpul bersama-sama anak-anaknya seperti masa zaman kecil-kecil dulu.. Tentu seronok Ibu melihat anak-anaknya berkumpul sempena Hari Ibu..
  • Lebih bermakna jika uols membuat kek sendiri untuk menyambut Hari Ibu.. Kalo dah tak reti beli je la k.. hihihii..
  • Ambil masa beberapa minit, dakaplah tubuh Ibu seerat mungkin.. Kehangatan pelukan Ibu kala itu pasti mengingatkan uols semasa zaman kanak-kanak di mana sentiasa dipeluk & dibelai Ibu..
  • Andaikata uols tidak berada jauh dari Ibu, setidak-tidaknya hubungi melalui telefon atau mesejlah ucapan-ucapan indah buatnya..Ibu pasti akan faham uols ikhlas walaupun tidak dapat meraikannya..
  • Doa adalah hadiah mustajab untuk orang yg sentiasa di hati uols.. Justeru. tak kira di mana saja Ibu berada, teruslah mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan untuknya.. 
Akhir kata dari sy, sayangilah Ibu uols selagi dia masih bernafas.. Berikan apa saja yg diperlukan selagi dia masih mahu.. Ikhlaskan hati mencurah bakti selagi dia tidak membenci.. Apabila sayang jadi benci, kelak uols akan menyesal sampai mati...

Kisah Ibu Dan Anak .. Renungkanlah ...

Anyonghasaeyo ..


Seorang anak bercerita kepada rakannya di sekolah.. Dia memberitahu rakannya yg dia telah diberi wang oleh ibunya setiap kali disuruh pergi ke kedai.. Itulah cara dia memperoleh wang untuk membeli barang yg diinginkannya.. Pulang ke rumah si anak terus menulis nota untuk diberikan kepada si Ibu.. Notanya berbunyi begini :

  • Tolong pergi kedai - RM1
  • Tolong jaga adik - RM2
  • Tolong cuci pinggan - RM1
  • Tolong sapu sampah - RM2
  • Tolong buka pintu bila ayah balik - RM1
  • Jumlah - RM7
* Cara bayaran - tunai
*Masa bayaran - sebelum esok

Esoknya, si Ibu membalas nota si anak yg berbunyi :
  • Mama kandungkan along - Kepayahan
  • Mama lahirkan along - Kesakitan
  • Mama susukan along - Keperitan
  • Mama berjaga siang malam - Keagantukan
  • Mama besarkan along - Kerelaan
  • Jumlah - tak payah bayar sebab along anak mama
*Cara bayaran - doa 
*Masa bayaran - apabila mama tiada lagi


10 Tanda Kasih Buat Mama ...

Anyonghasaeyo ..

Hari Ibu bakal menjelang.. Uols dah sediakan cenderahati buat mama..?? Walaupun hadiah tidak bisa menandingi kasih seorang Ibu namun ia tetap hadiah ikhlas dari hati yg tulus.. Betul tak..?? Jom sy sarankan 10 perfume ni sebagai cenderahati umtuk Mama di Hari Ibu ni..

L'Instant De Guerlain ..
Ckin2U for her Calvin Klein ..

Midnight Fantasy Britney Spears ..

Jean Paul Gaultier Classique Summer ..


Miracle Forever Lancome ..

Hypnose Eau Legere Lancome ..


L'eau d'Issey Summer ..

Dolly Girl Bonjour Li Amour Anna sui ..
Eternity Summer Calvin Klein ..
Burberry Summer ..

Chapter Of My Life ...

Anyonghasaeyo..


I have to close this chapter..
Sometimes late at night I like to think of all the bad things I’ve done and all the past mistakes I’ve made.. Like leaving someone behind knowing how much they mean to me.


But I’ve also come to the conclusion that Life works this way and leads you to better things. So it’s another chapter in my book of the never ending cycle of Life..


I welcome the next chapter with open arms and can’t wait to discover new things and perhaps new people and a new Love..


I’m ready for all those cute moments with someone.. The cuddling under the warm blankets late on a cold night.. The play fights and just getting to KNOW them.. I’ve always been good at studying people and noticing things wrong.. 


I want a summer fling, but I want it to last..


I’m ready for the long summer nights of driving around town with the windows down, blasting our favorite musicians.. Screaming at the top of our lungs and just having such a great time.. I’m ready for the kissing at the red lights and holding it until it turns green..


I’m ready.. For it all.. 


“Breathe Free.”


“I have come to terms with the way things are and the way things were.."



Wajah Sedih Khasif Allya ..

Anyonghasaeyo ..

Actually, Mase ni Allya ni baru je lepas nangis.. Kene paksa bergambar.. Pada nak tak nak dier leh pulak possing camtu.. hihihii..



Falsafah Kuntuman Bunga ...

Anyonghasaeyo ..

  • Rose - Juara carta bunga paling diminati.. Mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta.. Haruman yg terhasil daripada kuntumannya juga menyuntik perasaan romantik dalam jiwa terutamanya si gadis.. Rose putih misalnya, melambangkan cinta sejati & kekuasaan dalam hubungan dua hati..
  • Carnation - Saiznya comel & boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah & putih & kerana sifatnya yg 'cute' itu ia umpama pengubat luka.. Ia dikatakan mampu mengelak perasaan sedih..
  • Camelia - Seindah namanya, ia dapat memanggil semangat cinta & kebahagiaan yg kekal abadi selama-lamanya.. Aromanya juga membangkitkan 'mood' riang..
  • Kekwa - Ia mungkin kalah dari segi bau.. Namun struktur kelopaknya yg saling bertindan melambangkan satu kekuasaan sebuah perasaan cinta..
  • Daisi - Memiliki bunga ini di laman rumah mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.. Ala-ala 'six sense' ..
  • Iris - Baunya lembut & tidak terlalu menyakitkan hidung.. Ia membuatkan seseorang berasa yakin dengan perasaan yg sedang dialami itu..
  • Jasmin - Antara bunga yg mengeluarkan bau yg enak & tersendiri.. Ia simbolik kepada percintaan & kekayaan..
  • Orkid - Walaupun asalnya di rimba namun keunikan sifatnya membawa ia terus dijadikan hiasan laman.. Tumbuh tanpa perlu terlalu dimanja, kita yg memilikinya akan menjadi lebih bersemangat untuk menjalani hidup..
  • Matahari - Seperti rupanya yg gah, ia menerbitkan rasa ingin diberi perhatian & kehormatan seperti sepatutnya..
  • Tulip - Memang tidak berbau tetapi bentuknya yg seperti menguncup membawa rasa cinta & tuah dalam hidup..
  • Lili - Benyuknya seperti corong radio antik.. Bau harum yg terhasil daripada dalam lubuk kelopak memberi rasa keanggunan & kesempurnaan diri..
  • Lavender - Rona keunguannya memang menarik.. Baunya juga mampu meningkatkan daya imaginasi seseorang di samping memberi ketenangan..

Bersin aka Allergic Rhinitis ...

Anyonghasaeyo..

Kali ni nak berkongsi mengenai kesihatan pulak ye.. Sy dapat idea wat entri ni sebab cousin sy ada penyakit ni.. Ok, Apa yg terlintas di fikiran apabila uols bersin awal-awal pagi..?? Selesema kan..?? Kemudian..?? Jumpa doktor ataupun pergi farmasi beli ubat selesema..?? Kalo jumpa doktor tu oklah tapi jika memandai je g farmasi beli ubat ada bahaya sikit.. Nak tau nape..?? Jika benar-benar uols selesema itu memang takpe la sangat kan.. Tapi jika uols sering kali bersin pagi-pagi buta, uols mungkin menghidap penyakit 'Allergic Rhinitis'.. Ape tu..?? Ok, pemyakit ni memangg seakan-akan selesema tetapi lebih serius kerna ia boleh menjejaskan kesihatan serta kegiatan harian uols sekiranya tidak dirawat..

Allergic Rhinitis adalah suatu istilah yg digunakan untuk menjelaskan tindak balas alergi yg mana Rhinitis bermaksud kejengkelan di hidung.. Tapi tak perlu risau sebab penyakit ni tidak membawa maut cuma uols harus mengambil perhatian sekiranya ada di antara family uols menghidap penyakit ni.. Lagipun pemnyakit ni bukannya penyakit keturunan cuma uols berkemungkinan menghidapinya..


Antara simptom-simptom penyakit ni pulak bila uols bangun pagi tetiba je bersin, rongga hidung sesak ataupun berair, gatal-gatal di hidung & mata serta gatal-gatal di bahagian tekak apabila bendalir mengalir ke kerongkong.. Paling tak best, penyakit ni takde pengubatnya & hanya boleh dikawal menggunakan ubat-ubatan seperti antihistamines, nasal sprays & immunotherapi (suntikan) Jika ouls tidak merawat penyakit ni uols akan menghadapi masalah dari segi sosial & fizikal seperti tidak bermaya & hilang tumpuan.. Bukan tu je, penyakit ni boleh membawa komplikasi yg lebih serius seperti Sinusitis & Alergic Asthma..

Untuk menghindari penyakit ni paling penting ialah mengetahui punca alergi uols supaya boleh mengambil langkah berjaga-jaga.. Uols haruslah mengutamakan kebersihan sekitar & menggunakan ubat-ubat untuk mengawal penyakit ni.. Jadi sy harap ini sedikit sebanyak membantu uols yg ade penyakit yg merimaskan kata cousin sy.. hihihiii..

Kalau Sudah Namanya Lelaki ...

Anyonghasaeyo ..

Kang Min Hyuk (CNBLUE) .. Auuww.. comel..

  • Sebarang perkara yg melibatkan emosi adalah perkara remeh & tidak penting dalam hidup mereka.. Ada jugak yg sensitif abis.. hihihiii..
  • Fesyen kurang mendapat perhatian dalam aspek kehidupan sesetengah daripada mereka.. Kalo ada yg bergaya sakan ala k-pop tu memang hantu fesyen punya lelaki.. 
  • Banyak berhabis duit pada aksesori kereta, gadjet & perkara2 berbentuk ilmiah.. Selalunya lelaki di sekeliling sy gemar mengumpul jam tangan.. Berbeza- beza jenama pulak tu.. adoii..
  • Suka lebihkan kawan- kawan berbanding kekasih.. Bagi mereka bersama kawan - kawan menyeronokkan.. Ni buatkan kekasih yg bergelar wanita makan hati berulamkan jantung.. Sungguh tak sedap kan..?? hihihi..
  • Suka dirayu & dipujuk.. Berasa penting & diperlukan pabila jantung hatinya suka merayu.. Kalo kena dengan sy, sy wat dono je sebab sy tak reti bab rayu merayu, pujuk memujuk ni.. Hentam je labu.. hahaha..
Aiman Hakim Ridza.. ncem..
  • Dalam sehari, perkara berunsur seks pasti melintasi fikirannya.. Ini fakta betul yg sy selalu dengar kawan-kawan lelaki bercerita.. heh..
  • Rokok & lelaki sukar dipisahkan.. Tidak ubah seperti pasangan kekasih.. Coba scan paru-paru tu corfirm hitam cam perut nenek sy.. hihihi..
  • Mengelak daripada mendengar pelawaaan 'Jom Shopping'.. Ini sememangnya betul sebab lelaki paling tak suka bab shopping ni.. Kalo bab cuci mata kat shopping complex takyah ajak pun terus kata ok je.. hihihiii..
  • Melakukan perkara negatif tetapi tetap dipandang manis.. Uols rasa..??
  • Sukar mencari lelaki yg sopan & berani mengaku kesilapan sendiri.. Lelaki contoh di mata sy tak lain tak bukan Ustaz Don.. hihihiii..
Ustaz Don.. Cool je..

Reason I Like Rain ...

Anyonghasaeyo ..

Jang Geun Suk & Yoona (Love Rain)

  • There is a beat I can use for music..
  • I like the way it feels on my skin..
  • I like how it glistens in people's hair..
  • It washes away my fears..
  • I like jumping in the puddles..
  • No one will truly notice your tears if you cry..



Bak Delima Merekah ...

Anyonghasaeyo..


Buah Delima rahsia kecantikan..?? Berfikir panjang sy mendengarnya.. Maaf sy katakan kerana sy baru je tau buah delima ni merupakan bahan kecantikan orang melayu.. Sungguh sy terkejut bila kawan sy katakan buah delima mempunyai keajaiban luar biasa dalam pengamalan etnoperubatan.. Biar betul desis hati kecil sy atau sy ketinggalan maklumat berguna ni.. So, sy pun tanye Uncle Google tapi Uncle Google tak berikan sy jawapan yg memuaskan.. Jadi sy dengan rasa ingin tahu yg membukit terus je melangkah rajin ke perpustakaan.. hihihiii..

Dari maklumat yg sy perolehi kt perpustakaan tadi, menurut kajian buah delima merupakan salah satu  buah yg mempunyai banyak nutrien berbanding buah lain.. Woww..! Hebatkan buah delima ni.. Selain tu biji delima pula sarat dengan vitamin pemberi tenaga, mineral & tinggi anti-oksidanya.. Delima juga kaya dengan polyphenols, yg bertindak sebagai superior antioksida. Sebab tu bagi sesetengah budaya, buah delima ni digunakan sebagai agen terapi, terutamanya untuk mengekalkan keremajaan & menjana kesihatan yg baik.. KIranya awet muda gitu.. hihihii..


Fakta yg ni lagi menarik.. Dari sudut sejarah islam, buah delima yg juga dikenali sebagai ‘buah dari syurga’, ada disebut dalam Al-Quran sebagai salah satu buah yg ditanam & dapat dinikmati di halaman syurga.. Manakala di Iran & Iraq, jus delima dikumur terlebih dahulu sebelum diminum.. Nak tau kelebihannya..?? Ia membantu membersihkan mulut & gigi serta mencegah infeksi lantas membantu mengurangkan bau mulut.. Ianya juga dapat mengatasi masalah suara serak & menghindari kekeringan tekak.. Ertinya uols takyah susah g Watson atau Guardian beli  listerine total care yg mahal tu.. heh..

Buah delima ni bukan je khasiat untuk uols muda remaja ni tapi baik juga untuk kanak2 kerana mengandungi zat tannin yg dapat membius cacing gelang, cacing kremi & cacing pita yg terdapat dalam usus kebanyakkan kanak2.. Apa macam berkhasiat kan buah delima ni walaupun namanya mungkin tidak sepopular Siti Nurhaliza namun ia tetap mempunyai kelebihan yg mungkin tidak diketahui kebanyakkan uols sampailah tertulisnya entri sy ni.. hihihihi… *gedik lah* kehkehkehh..

Selamat Hari Pekerja - Tips melangkah ke puncak kerjaya ...

Anyonghasaeyo..


1 Mei khas untuk semua insan2 yg bergelar pekerja, tak kira apakah pekerjaan uols, 'Selamat Hari Pekerja'sy ucapkan.. Uols yg bergelar pekerja merupakan pemangkin pembangunan negara kita Malaysia.. Berbanggalah menjadi pekerja.. hihihii.. Entri kali ni sy nak kongsi sedikit tips2 kerjaya cemerlang dengan harapan dapat membantu uols yg bergelar pekerja untuk mendaki selangkah demi selangkah ke puncak kerjaya uols.. Biar selama mana pun uols selesa bernaung di bawah satu bumbung, percayalah uols harus sentiasa sedia menerima perubahan demi kemungkinan masa depan uols.. Sy ada petua untuk uols jadi pekerja yg gemilang.. Jom selidik..

  • Mulakan dengan Bismillah.. Ia adalah kalimah pertama dalam Al-Quran, mengawali kalam ALLAH, dan  bagi setiap urusan kerja yg uols lakukan,mulakanlah juga dengan Bismillah..
  • Lakukan dengan rasa seronok.. Rasa seronok bekerja sebenarnya perlu kita datangkan sendiri.. Bila hati gembira, segala galanya jadi senang.. Langkah kita sendiri akan jadi ringan..
  • Beri sepenuh tumpuan.. Jangan leka, beri 100% tumpuan terhadap kerja.. Bila uols beri segala tumpuan kepada kerja, uols akan sentiasa peka, sentiasa membuka mata..
  • Tahu apa yg uols mahu.. Apa yg uols mahu daripada kerja, daripada rakan sekerja, daripada hidup..?? Fikir dan timbangkanlah.. Uols perlu ada happy ending sendiri, matlamat yg mahu dicapai..
  • Fahami kerja.. Aktifkan diri tentang apa yg dikehendaki daripada uols & apa pula yg berada di luar tugasan uols.. Pastikan uols menjadi penyumbang penting di pejabat..
  • Ambil setiap peluang.. Sekali sekala takdir memberikan uols peluang, tiba2 sahaja ia datang bergolek jatuh ke riba uols.. Ambil setiap peluang yg diberi tu & jangan di sia-siakan..
  • Hulurkan sedekah.. Jangan kedekut menghulurkan sedekah atau zakat.. Ingat harta hanyalah pinjaman Tuhan.. Selepas bersedekah hati akan berkembang & tekanan pun bagai berkurang..
  • Elak merungut.. Merungut adalah kerja orang pemalas yg suka membazir masa, ia tidak produktif.. Daripada uols merungut, cuba cari jalan jadi produktif..
  • Konsisten dalam kerja.. Walau apa pun yg mengacau, kerja uols perlu tetap sempurna.. Jika kerja yg diberikan kepada uols sentiasa konsisten elok, uols akan dipercayai.
  • Mahir menjangka halangan.. Uols kena bijak menjangka aral melintang kerjaya.. Uols harus tenang, kena bersedia menghadapi apa saja halangan dalam kerjaya..

Dalam hidup berkerjaya, adalah sukar untuk memuaskan hati semua orang kan..?? Ada saja yg tidak kena dengan orang.. Ada yg salah ada pula yg betul.. Pandai2lah uols mengawal kemarahan orang2 tertentu demi masa depan uols sendiri.. Rencanakan segalanya termasuk yg remeh.. Tetapi, adalah naif untuk mempercayai semuanya akan lancar.. Oleh itu, uols haruslah bijak dalam semua tindakan yg uols ambil.. Jangan sabotaj kerjaya uols demi hal yg tidak sepatutnya.. Akhir sekali pesanan sy, tiada yg tidak boleh dicapai andai uols bijak berdepan dengan masalah dalam kerjaya.. InsyaALLAH uols akan berjaya jua nanti.. Amin..