>

Team Cik Joyah


Salam.. 

Spesis Cik Joyah ni payah sikit. Kat mane pon jumpa. Nak buat derk pon tak boleh kalau hari hari kene dengar dorang mengumpat. Memang macam tk sah la kalau tk buat mesyuarat tertingkap. Ade je topik tk pernah nak abis. PM najib pon tk meeting tiap tiap hari kot. Dorang ni mengalahkan PM pulak layaknya. Kalau boleh nak je tebat mulut tu! 


Ape kalian rase bila kalian berusaha separuh nak mati meneruskan hidup, merangkak mengumpul sebanyak mane pon kekuatan nak hidup tapi dalam mase 5 minit je manusia ni bagi kalian down. Memula memang tk buat tk kisah kan? Tapi semakin lame camtu memang ajak gaduh lah kan. Saye lak bukan spesis suka bergaduh bagai. Saye sedaya upaya nak menahan segala ape yang saye rase. Saye cari kekuatan semula untuk bangkit dengan segala kata manusia. Dan saya masih lagi menang. 


Andai saya kalah, saya rebah mungkin takde lagi post saye yang seterusnya. Kadang kala kata kata lebih berbisa dari ular. Mencucuk jiwa raga kot. Lemah nye lutut nak bangun Allah je tau. Sabarlah wahai hati. Jangan mati.



Taknak kawan


Salam.. 

Sekarang saya sombong. Jangan kawan dengan saya. Hahaha.. Tapi saya memang takde kawan pon dah. Saye takde kawan di alam realiti tapi saye ade kawan di alam maya. Kenapa camtu? Kawan di alam maya pon bukannye seperti yang kite harapkan. Saya cuba melupakan bertapa sepinya saya. Setiap kali saya rase perlukan seseorang nak bercakap saya pergi bace something atau saye akan cakap dengan baby saya. 


Kenapa saya pilih untuk hidup macam ni? Saya tk pilih wahai kalian. Tapi takdir saya tak seindah takdir kalian. Orang kata kalau hilang kekasih masih ada kawan masih ada family. Tapi saya pulak? Saya hilang kekasih hilang kawan hilang family. Saya perhati sekeliling saya. Saya tanye diri saya, kesudahannye memang saya akan keseorangan pon. Bertabah lah hati. Ada masa saya nak sangat meraung bertapa jiwa saya sepi tanpa sesiapa. Tapi saya hanya mampu menangis sebab tu yang boleh menggambarkan perasaan saya. 


Dah hidup untuk masa yang lama masih jua saya tak belajar kawan tu sebenarnya sukar nak faham. Bila kawan jadi lawan segala bagai aib kita dye buka. Kita diamkan aib dye, dye selak aib kita selebarnya. Itu bukan kawan. Bukan! Saya tkkan berkawan kalau macam tulah erti kawan. Kekadang fikir baik saya keseorangan mati pon tiada yang teman kan. 


Bicara Diana Amir


Salam.. 

Setiap manusia itu terbekal dengan pengalaman hidup masing masing. Kehidupan itu ibarat skrip yang dilakonkan oleh watak watak yang menghiasi jalan cerita. Jalan cerita itu sebenarnya dipilih sendiri oleh para pelakon, sama ada mahu memilih jalan selamat atau jalan yang sengsara. 


Skrip yang manusia lakonkan itu kadangkala banyak yang memberi pengajaran. Andai kita renung dan perhatikan, tiap takdir atau peristiwa yang berlaku kepada kita, pasti ada hikmah dan ilmu yang Allah SWT mahu kita fikir dan hadam sedalamnya. 

Manusia akan lebih matang jika dia tidak hanya menggangap masa lalu sebagai kenangan. Sebaliknya dia haruslah menggangap ia sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. Sesunggguhnya coretan pengalaman hidup, suka duka, tangis tawa itu bukanlah suatu perkara yang murah. Harganya terlalu mahal kerana kita sedang diajar secara tidak langsung oleh Allah SWT.


Sun Wukong


Salam.. 


Tetiba tuka mood lak kan? Hahaha.. Tk tuka pon lah. Saya ingat lagi, Nanad suke cite ni. First macam pelik eh nape lak si buah hati saya dok layan cite cina eh? Hahaha.. Lepas tu dye leh kate "cite wukong ni best bie jom layan" hahaha.. Comel Nadra saya. 


Tadi petang tk keje demam punye pasal kan. Bukak tv "eh wukong lah. Nanad suke ni" spontan je otak kate camtu. Ingat balik bile cite ni start kat 8tv dulu Nanad ajak tengok same. Tk pergi class boleh lah tengok same. Tapi kalau ade class Nanad tengok sorang or wukong yang tengok dye (tido depan tv) hahaha.. Yang comelnye last episod dye tak tengok. Tau dye dok ckp "harini wukong takde dah bie" hahaha.. Siyes comel sangat. So text sampai lebam. Hahaha.. Rindu.. 


Kalau yang tak tau drama ni tajuk dye Journey to the West. Wukong tu lak watak utama. Nama lain dye Monkey King. Sebab muka dye muka monyet. Hehehe.. Cite ni di ambil dari novel klasik china. So ade lah watak buddha ape semua kat situ. Kira macam drama history lah kan. Sekarang cite ni disiarkan kat Ntv7 jam 1.30 petang sampai 2.30 petang setiap isnin sampai khamis. Haa., detail dah tu. Boleh lah tengok sampai abis kan. Selamat menonton. Hehehe..


Winter sonata


Salam.. 

Bukan nak citer Joon sang tu hensem or Yujin tu lawa. Semua tau dah kan. Hahaha.. Ni nak citer td tengok balik citer ni ingatkan takde lah buat nangis sebab dah boleh hafal kot plot citer caner. Tapi hampeh nangis gak! Hahaha.. Tetiba hati berkata sendiri "Nanad, boleh tk kite cam winter sonata? Bertemu dan berpisah, bertemu lagi, berpisah lagi, bertemu and berpisah lagi and the end tetap bersama" 


Hahaha.. Mengarutkan? Lantak! Saye rindu Nadra saya. Saya tengok muka Joon Sang dah jadi muka Nadra lak. Hahaha.. Bebetol lah mabuk minum brendi kan. Tapi siyes cite winter sonata ni lagu dye adoi buat leleh je. Hahaha.. Ni dah mengarut lebih sebab winter sonata punye pasal muncul Nadra lak kan. Okeyh, saranghae Nanad. Hihihi.. Saye rindu :(


Tafsiran


Pernah aku melihat mereka daripada kawan menjadi teman
Daripada teman menjadi kekasih
Diangkat tinggi lagi menjadi pasangan yang halal 
Maka aku meletakkan tafsiran itu bahagia

Pernah aku melihat mereka tidak bahagia menjadi kawan 
Tetapi bahagia menjadi teman
Mereka tidak mampu menjadi sahabat kerana tiada persefahaman sebagai kawan
Maka dipilih menjadi yang istimewa
Halal disentuh ikatannya kukuh

Cuma ikhlasnya aku lebih percaya
Yang sahabat tidak mampu ditukar menjadi suami
Yang kawan tidak harus ditukar menjadi isteri
Yang kekasih bukan teman persinggahan untuk kenang kenangan merawat hati yang rawan

Jujurnya takut nanti akan terjadi kurangnya rasa hormat
Yang segalanya tidak akan sama lantaran perbezaan itu menerbitkan rasa kuranf senang selamanya di hati
Yang tidak mampu diungkap mahupun diungkit takut lukanya dalam tidak terubat nanti


The Imam's books

Salam..

Since I started reading the history novel, I fell in love with it. The writing skills are so heart capturing that I don't want to put the book down not even a second. 


Thanks to Mr Abdul Latip Talib for being part of the publication industry. He, now, whom I highly respect for his view and knowledge on Islamic Glorious History

Dugaan

Dugaan! Orang kata dugaan ini tetap akan rasai oleh semua orang. Apa yang membezakan adalah kecil mahupun besar. Dugaan dalam hidup saye dah tk tau tahap kecik ke besar semua ada. Masalah dengan saye umpama tk boleh dipisahkan lagi. Menaip nya saye kali ni sebab tiada kehadiran sesiapa yang mampu untuk mendengar melainkan yang Esa. Namun hati tetap tergerak nak meluahkan segala kat sini. 

Satu saat kita sedar di mana kita berpijak bila mana tingkahlaku dan segala macam yang kita buat orang akan tetap bercakap buruk. Saye tkkan lupe kisah ni. Dihalau bagai anjing lepas semua sumpah seranah dan segala hinaan yang di terima. Hanya mampu mengucap "Alhamdulillah" sebab pahala tetap ada. Tapi hati kecil tetap terasa sakit dengan segala hinaan dari mulut orang yang kita hormat sebagai abang walaupun tiada pun pertalian. Bersyukurlah saya bukan jenis mulut puaka. Kalau saya jenis tu saya akan lawan balik kata cacian tu tapi ya saya hanya mampu menangis mendengar segala caci maki tu. Itu kelemahan saya. Kelemahan yang orang boleh pijak pijak kepala saya sebab saya tk akan melawan balik. 

Wahai insan, salahkah andai bergelar anak yatim? Berdosa sangat kah bila kalian tiada sesiapa di dunia ni? Kenapa isu anak yatim di pandang hina? Hina sangatkah? Tiada siapa minta nak jadi anak yatim. Jangan dihina anak yatim hanya kerana kalian punya keluarga sempurna. Sedarlah orang tua bukan hidup selamanya. Kalau pun saya hina di mata anda, itu bukan bonus untuk anda hina jahat nya saya. Setiap orang ada kesilapan. Kita hanya hamba bukan tuhan. Berkali jua nak bagitau benda yang semua orang tau kecuali anda bebetol bodoh tk tau ape pon! 


Saya tkkan lupa malam saya terpaksa berkemas segala barang saya yang anda campak bagai sampah! Tk pernah saya duduk free kat rumah tu walau macam mana pun keadaan saya. Tapi malam tu sekali lagi dalam hidup saya kena halau macam anjing! Saya sedar saya memalukan, hina ape semua yang anda bagitau kawan kawan anda tapi ingatlah saya tk pernah mintak satu sen pon dari anda mahupun kekasih anda yang merupakan kawan baik saya sendiri. Malahan kalau anda tk hilang ingatan pagi tu anda sendiri yang minta duit dengan saya kan. Mohon anda sedar mana anda berpijak sebelum anda berlagak sangat baik depan semua ornag yang ingat anda baik padahal anda hanya minta di puji di puja sebab baik! Tuhan yang anda percaya pun tkkan redha!  

Terima kasih sebab tumpangkn saya selama ni. Saya sangat hargai keprihatinan anda yang tk seberapa nak ikhlas sebab habis kene ungkit dari A sampai lah Z. Terima kasih. Lain kali tengok saye separuh mati tk payah nak hantar ke hospital lagi klau tu pon anda ungkit. Sebab saya tk minta pon anda hantar saya ke hospital. Anda biarkn saya  mati lagi baik dari saya sendiri nak mati dengar anda mengungkit semua budi baik anda tu. Terima kasih 


Shifa Jue?


Salam..



Tertanya² ea kenape saye letak blog saye name 'Shifa Jue' ?? Adakah nama saye Shifa Jue? Oh tidak kalian silap. Hehehe.. Tapi Jue memang nama saye pon. Manakala Shifa pulak ejaan sebenarnya 'Syifa' 
Syifa nie memberi maksud penyembuh kalau tk salah saya la. Pengubat dan penawar dan yang sama erti dengannya. Kenape shifa? Mudah je sebenarnye sebab Syifa bermaksud penawar. Dengan maksud yang baik pada nama ni saye harap saye boleh bagi penawar untuk hati saye sendiri. Adakala bile kesedihan datang saye bukak blog lepas tu update ape je yang terlintas nak share sebab saye cuba nak cari penawar kedukaan kesedihan saye. Ada waktu ianya berjaya dan ada waktunya ianya tidak berjaya sama sekali. Tapi sebaik baiknye penawar hati ingatlah Allah kan.. 


Copy from Secret Posts Malaysia

Copy from Secret Posts Malaysia

Aku rasa semua lelaki patut baca ni. Especially yang pernah rosakkan anak dara orang.

Mungkin kau tak rasa apa-apa lepas kau dump perempuan yang kau pernah tidur sekali. Tapi pernah kau fikir apa akan jadi dekat perempuan tu nanti? Kalau jawapan kau “lantak dia la, siapa suruh dia yang nak bagi dekat aku.” HAHA. Mari, aku bagi dekat kau full explanation kenapa kau patut minta maaf dekat perempuan yang kau pernah rosakkan dan bertanggungjawab terhadap perempuan tu.

Pernah kau terfikir sebelum kau rosakkan dia, dia tak pernah pun tahu apa itu seks? Pernah kau terfikir dia beri semua benda dekat kau sebab dia naif dan tak tahu yang itu bukan satu-satunya cara untuk tunjuk kasih sayang dia? Pernah kau terfikir kalau kau yang tak mulakan dulu, dia takkan beri dara dia dekat kau? Kalau kau cakap dia sepatutnya gunakan otak dia, kau bodoh. Kalau kau cakap “perempuan baik takkan buat macam tu, tu maknanya dia tak baik.” kau manusia paling bangang.

Kalau kau guna ayat manis, ayat cinta, kau cakap kau tak boleh hidup tanpa dia, kau rasa masa tu otak dia boleh berfungsi dengan baik ke? Cinta tu buta.Syaitan tu merata-rata untuk hasut. Ayat manis + nafsu + hasutan syaitan = bad judgement. Percayalah, sedangkan wanita alim pun boleh tumpas, inikan pula gadis biasa yang dibesarkan oleh keluarga biasa.

Kau tiduri dia.Kau rampas dara dia. Kau cakap “perempuan tanpa dara takkan laku.” habis tu, kau masih ada teruna? walaupun kesan fizikal tiada, walaupun bakal isteri kau tak boleh bezakan kau teruna ke tak, tapi diri kau tahu. Kau tahu kau pernah rosakkan seorang perempuan dalam hidup kau. Pernah kau fikir bagaimana perempuan tu hidup lepas kau dump dia? macam mana perempuan tu akan berhadapan dengan bakal suami dia. macam mana perempuan tu akan bagitahu suami dia yang dia dah tak ada dara?

Bayangkan kalau semua benda tu jadi dekat mak,kakak atau adik kau. atau bakal isteri kau sendiri. Apa yang kau rasa? Apa yang kau rasa bila seorang lelaki rosakkan adik kau, lepastu buang dia macam sampah. Apa kau rasa bila kau tidur dengan wife kau lepastu kau dapat tahu lelaki lain pernah buat benda yang sama dengan wife kau?

Kalau niat kau masa kau tiduri perempuan tu cuma untuk suka-suka and sebelum kau tiduri dia kau janji kau akan jaga dia sampai bila-bila. Kau penipu. Kau lagi hina dari binatang. Taraf kau lagi hina dari seorang perogol. Memanipulasi seorang perempuan semata-mata untuk memuaskan nafsu kau sendiri. Lagi hina bila kau dump dia, dan lepastu kau cari perempuan lain untuk di jadi kan teman wanita baru kau yang mungkin kau akan rosakkan juga.

Ya, aku bercakap berdasarkan hidup aku sendiri.
Aku benci lelaki macam kau. Tapi aku tak pernah menyesal kenal lelaki seperti kau kerana tanpa kau, mungkin aku takkan nampak warna sebenar seorang lelaki. Dan mungkin aku takkan dapat tulis post ini untuk perempuan yang masih naif diluar sana.

Untuk perempuan yang masih naif. Ini untuk kau.
Awal perkenalan memang seronok bila dapat teks dan call yang lovey dovey.
Kau akan rasa hidup kau bahagia sangat sebab disayangi
Kemudian dia pegang tangan kau.
Kau rasa berdebar, malu-malu sebab itu kali pertama kau berpegangan tangan.
Dari tangan, dia mula hantar ciuman melalui teks dan call.
Kau rasa dia sangat sweet dan penyayang.
Melalui ciuman di dalam phone, bila dating dia akan mula pegang pinggang kau, kemudian peluk kau.
Kau rasa disayangi,kau rasa macam dunia ni kau yang punya.
Dari pelukan, mula ciuman di pipi, kemudian teks romantis.
Kau rasa macam kau terapung di awangan. Pipi kau merah, muka kau panas.
Dari teks romantis dia mula bercakap mengenai susuk tubuh kau. Katanya menawan dan cantik.
Kau rasa bahagia sebab sebelum ni tak pernah orang puji kau macam tu.
Dari pelukan biasa dan ciuman pipi, dia mula ajak kau bercium mulut.
Kau relakan sebab dalam tv, ciuman mulut tandanya sayang.
Dari ciuman mulut,dia mula hantar teks bagaimana dia pernah mimpi tentang kau dan dia tidur sekali.
Kau teragak-agak untuk melayan, tapi akhirnya kau layan sebab kau takut dia akan terasa hati.
Dari perbualan romantis biasa menjadi perbualan berbaur lucah.
Kau rasa seronok sebab kau rasa sangat dewasa.
Dulu dating berpelukan, ciuman mulut akhirnya bertukar kepada ringan-ringan.
Kau biarkan dia raba tubuh badan kau. Kau rasa macam hidup ni cuma untuk dia.
dulu cuma berani masukkan tangan dalam baju, kau biarkan tangan dia merayap ke dalam seluar kau.
Kau fikir “apa salahnya, cuma benda biasa.”
Lama kelamaan, kau, dia berada di atas katil. Kau serahkan harga diri dia dekat kau hanya kerana dia janji mahu bertanggungjawab dan sehidup semati dengan kau.
Perkara yang sama berulang sehingga kau dengan dia bergaduh dan kemudian putus.

Ya, seks memang awalnya seronok. Tapi, dengarlah wahai perempuan, jangan tersilap langkah seperti aku,kelak kau akan menyesal. Seronok yang sementara tak berbaloi dengan penyeselan yang kau alami. Walaupun aku tak pernah kantoi, atau pun mengandung, tapi aku sangat menyesal.

Aku harap ada orang pernah nasihatkan aku sebelum benda tu terjadi. Tak berbaloi kau berikan harga diri kau kepada lelaki yang tak layak. Tiada alasan untuk kau berikan dara kau kepada lelaki tanpa ikatan yang sah. Kemungkinan lelaki tu akan tinggalkan kau lagi tinggi dari kemungkinan yang dia akan bertanggungjawab. Jangan jadi bodoh. Kalau kau nak sangat, kau kahwin awal.

Sekurang-kurangnya kalau kau diceraikan, harga diri kau masih ada. Ramai lelaki durjana di luar sana yang menyamar macam lelaki baik, caring dan loving. Jangan terpedaya.

Jaga diri sendiri, jangan terlalu hanyut bercinta sampai kau serah semuanya. Simpan untuk yang layak. Kau akan lebih bahagia nanti.


Dugaan kehidupan


Hello..



Kata seorang Hamba Allah ni ..
Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda. Tapi sedihlah jika anda tidak mahu memahami orang lain. Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda. Tapi sedihlah jika anda tidak percaya pada diri sendiri. Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda. Tapi sedihlah jika anda belum membuat persiapan. Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda. Tapi sedihlah jika anda tidak bisa menghargai orang lain. Jangan sedih bila orang lain menghina anda. Tapi sedihlah jika anda membuat hina pada diri sendiri. Jangan sedih bila orang lain memaki anda. Tapi sedihlah jika anda bermulut jahat pada orang lain. Jangan sedih orang selalu mengritik kita. Tapi sedihlah jika anda tak pernah mahu perbaiki diri. Jangan sedih kerana anda selalu jatuh. Tapi sedihlah jika anda tak mahu bangkit kembali. Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda banyak pahit getir. Tapi sedihlah jika anda tak pernah belajar daripada pengalaman.

KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah tidak asing kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”

Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan. Maka saye berusaha belajar bersabar. Sabarlah wahai hati. Allah maha mengetahui.


Ahlan Wasahlan ya Ramadhan 1435H / 2014M

Hello..


Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan dariNya untuk berada di bulan yang penuh berkah ni. Bagi orang-orang yang beriman masa inilah yang ditunggu-tunggu. Pelbagai persiapan awal dilakukan bagi menyambut Ramadhan yang mulia. Bagi pendakwah-pendakwah Islam yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat, rata-rata mereka sudah mula bercakap-cakap tentang kedatangan tetamu yang agung ini. Ohhh sungguh mulianya bulan yang penuh keberkatan ini. Tidak kurang pihak masjid mahupun jemaah Islam sudah mula merancang program-program yang akan dilaksanakan sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dan Ihya’ Ramadhan itu sendiri. Semuanya adalah untuk mengajak umat Islam untuk merasai aura kedatangannya dan sama-sama mengambil keberkatan yang ada di dalamnya nanti. Semoga usaha-usaha ini akan dinilai oleh Allah sebagai amal kebajikan yang baik disisiNya.

Ya Ramadhan telah pun hadir. Namun persoalannya adakah kita masih diberi peluang untuk menjadi tetamu agung ini hingga kepenghujungnya?? Adakah kita masih terpilih untuk menjadi salah seorang dari pelajar madrasah ramadhan?? Dan kalaupun diberi peluang untuk berada di dalamnya, mampukah kita ‘gred’ dengan cemerlang setelah sebulan menerima tarbiyyah ramadhan?? Terasa diri amat kerdil dan lemah bila teringatkan amalan-amalan yang pasti banyak kecacatannya. Namun, kita pasti ingin menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk sampai ke penghujung Ramadhan kali ini dan mendapat tarbiyyah Ramadhan sehingga kita menjadi salah seorang dari hambaNya yang bertaqwa. Amin.. Semoga Aku di antara hambaNya yang mendapat redha dariMu Ya Allah. 


Usah sekadar ucapan di bibir sahaja




" Usah risau, apa apa masalah kita boleh bawa bincang "

Pernah dengar sebaris ayat ini? Ya, biasa kan? Rasanya ribuan bibir pernah mengungkapkannya. Kedengaran cukup positif dan memberangsangkan tetapi sejauh mana ia mana dikotakan? Melafazkannya ternyata mudah, apa lagi demi memastikan hubungan yang baru berputik berlangsung seperrti mana yang diangan-angankan. Biar seribu kelemahan diri disenaraikan namun itulah jawapan yang diterima. Telinga yang mendengarnya kembali mengendur, tanda tenang dan gembira.

Bulan pertama, kedua dan ketiga, reaksinya begitu bagus sekali. Menerjah bulan ke-4, kepincangan mulai kelihatan. Insan yang semakin disayangi menunjukkan perubahan. Mungkin juga itulah belangnya yang sebenar. Siapa tahu kan? Demi sayang, jutaan upaya kita kerahkan untuk berkomunikasi dan menjernihkan keadaan. Namun mana sahaja boleh perginya jika hanya kita yang mencuba?

Benar kata-kata jangan cepat putus asa namun sebagai manusia biasa, ada masanya kita terpaksa melakukannya. Usah terlalu memikirkan orang lain sehingga membiarkan hati sendiri terguris. Sampai bila? Cukuplah kata-kata hinaan dan ayat-ayat kasar yang dilemparkan. Itu belum lagi dilabelnya kita dengan pelbagai rupa. Kita dilihatnya sangat jijik dan dia pula begitu mulia. Orang ini benar-benar hebat!

Andai terpaksa kehilangan orang sebegini dalam diari hati, tidak mengapa. Malahan lebih bagus! Apa guna disimpan orang yang tahunya hanya membuatkan rasa tertekan dan kerap kali mengecewakan kita. Ya, ada kalanya hati kita terlalu lembut. Marah bagaimana pun kita tidak tahu untuk membenci. Kita tidak mampu membalas seperti mana yang dilakukannya pada kita. Kelebihan itu juga satu kekurangan.




Smartphone pertama

Hello..

Blackberry?? Ape lak motif tunjuk BB ni? Nak tunjuk awak ade whatsapp ke?? Hahaha.. Sengalnye. Takkanlah kot. Nak tau tak kenape?? Nak tunjuk ni smartphone pertama saye beli dengan duit tabung sendiri tau. Perrgh! Bangga lah ea? Hahaha.. eh,  Comel lak phone saye ni kan mase zaman popularity dye dulu dulu. Sekarang dye tak popular dah sejak iPhone and the geng masok pasaran. Sedih BB ni sekarang tak femes dah. Hehehe..

Kerana BB ni jugak banyak memori. Sayang kot kat BB ni. BB ni kenalkan saye ngan Nanad saye. Auww! Takleh lupe mase memula pakai BB axcited siap letak bbpin kat website lagi. Tup tup kenal ngan Pak Arab dari Muar. Hahaha.. Thanks lah ye rajin gak jenguk  bbpin saye kat situ. Hehehe.. Rindu nak BBM ngan awak Nanad. 

Oh BB hurm..
Sekarang BB ni suke buat perangai. Takleh connect wifi lak tu. Nak BBM pon susah ar geram je. Macam nk baling ke dinding tapi eh saying lak. Hahaha.. Lagi menyampah bateri dye nak low memanjang. Bosan kan. Tunggu nak arwah je BB ni. Sebelum BB bebetol arwah buat sikit post sebagai ingatan. Sobsobsob sdey nye. Nak tukar lain memang takkan same dengan BB ni. Sobsobsob nak nangis hentuk BB kat dahi. Hahaha..

Takpe takpe iPhone hidup lagi walaupun tak same macam BB. Bersyukurlah ye. Hihihi..








If


If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you,
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too,

If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don't deal in lies,
Or being hated, don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise

If you can dream - and not make dreams your master,
If you can think - and not make thoughts your aim,
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two impostors just the same,

If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build 'em up with worn-out tools

If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breathe a word about your loss,

If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the will which says to them: 'Hold on!'

If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with Kings - nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men count with you, but none too much;

If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that's in it


Eleven Hints for Life


1. It hurts to love someone and not be loved in return.
But what is more painful is to love someone and never
find the courage to let that person know how you feel.

2. A sad thing in life is when you meet someone who
means a lot to you, only to find out in the end that it was
never meant to be and you just have to let go.

3. The best kind of friend is the kind you can sit on a
porch swing with, never say a word, and then walk away
feeling like it was the best conversation you've ever had.

4. It's true that we don't know what we've got until we lose
it, but it's also true that we don't know what we've been
missing until it arrives.

5. It takes only a minute to get a crush on someone, an
hour to like someone, and a day to love someone-but it
takes a lifetime to forget someone.

6. Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth,
even that fades away. Go for someone who makes you
smile because it takes only a smile to make a dark day
seem bright.

7. Dream what you want to dream, go where you want to go,
be what you want to be. Because you have only one life and
one chance to do all the things you want to do.

8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it
hurts you, it probably hurts the person too.

9. A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck
a life. A timely word may level stress. But a loving word may
heal and bless.

10. The happiest of people don't necessarily have the best
of everything they just make the most of everything that comes
along their way.

11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with
a tear. When you were born, you were crying and everyone
around you was smiling. Live your life so that when you die,
you're the one smiling and everyone around you is crying.


It's funny


Hello...

It's funny how hello always ends with a goodbye, 
It's funny how good memories can start to make you cry. 
It's funny how forever never really seems to last, 
It's funny how much you'd lose if you forgot about your past. 
It's funny how friends can just leave you when you're down, 
It's funny how when you need someone they're never around. 
It's funny how people change and think they're so much better, 
It's funny how many lies can be packed in one "love letter". 
It's funny how people forgive even though they can't forget, 
It's funny how one night can contain so much regret. 
It's funny how ironic life turns out to be 
but the funniest part of all, none of that's funny to me.

Lupa


Hello..

Saya sayangkan awak sampai saya terlupa 
yang saya ni cuma insan biasa.
Saya rindukan awak sampai saya terlupa 
yang saya bukan sesiapa.
Saya cintakan awak sampai saya terlupa 
yang jodoh dan ajal di tangan tuhan
Saya nak sangat memiliki awak selamanya sampai saya terlupa yang takdir boleh mengubah segalanya.
Tapi saya tak kisah semua itu. 
Janji saya dapat jaga hati awak walaupun hanya untuk seketika..

Muar Bandar Maharani Bandar Diraja


Anyonghasaeyo..


Muar menurut wikipedia Daerah yang terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.


Bandar Muar diisytiharkan sebagai Bandar Maharani oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada hari Jumaat, 12 Ogos 1887 bersamaan 22 Zulkaedah 1304H dalam satu upacara ringkas di mana Almarhum Sultan Abu Bakar sendiri telah menanam 'azimat' di Tangga Batu (kawasan belakang berdekatan Stesen Bas Maharani sekarang). Almarhum Sultan Abu Bakar secara peribadi telah terlibat dalam pembukaan Bandar Maharani.


Dinamakan sebagai Bandar Maharani sempena gelaran isteri Maharaja Abu Bakar iaitu Maharani Fatimah yang banyak mengambil berat tentang pembangunan daerah Muar ketika itu. 125 tahun selepas moyang baginda mengisytiharkan Bandar Muar sebagai Bandar Maharani, DYMM Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah mengisytiharkan Bandar Muar sebagai Bandar Diraja Johor pada hari Ahad, 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433 di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar.


Welcome back! Hello!


Anyonghasaeyo..




Ahh!! Rindunya nak berblogging cam dulu-dulu! bukan sehari! dua hari ! tiga hari! Saye tinggalkan blog ni.. tapi bertahunnn!! Kalau dulu bukan main rajin nak menulis itu ini. Ade jer benda nak cerita kan. Dulu blog ni dah jadi macam diari. Tapi sekarang, sepi je blog ni. Almaklumlaaa.. Tapi tetiba hari ni terasa nak menaip kat sini. Hehehe.. So sweettttt feeling. Tambahan dah lama gak tak berblogging dan blogwalking ke blog-blog orang. Sadis gak saye tak tau mana blogger-blogger baru yang glamour sekarang ni saye tak kenalpun. Saye cuma kenal blogger otai je. Hehehe..

Rase kekok plak dh lame tak berblogging. Dah bertahun, banyak yang dah berubah. Sungguh..memang saye takde idea nak tulis ape...hati nak menulis tapi fikiran kosong. Lately, saye semacam rasa kekosongan jiwa dalam diri. Bukan sebab tiada siapa yang mendampingi, tapi ia lebih kepada perasaan kehilangan seseorang yang bermakna pada saye. Rasa hilang arah, rasa tiada arah tujuan, rasa lost, rasa hilang feeling semua berkecamuk. Dah banyak kali saye muhasabah benda ni. Banyak kali berharap untuk kembali bersemangat dan bertenaga. Tapi nampaknya Allah belum makbulkan lagi permintaan saye.

Hurm.. Seksanya bila wujud perasaan yang sebegini. Saye manusia yang lemah. Dan kelemahan itu kadang-kadang memakan diri sendiri bila di layan sangat. Okey lah, Nampaknya kena kembali menulis seperti waktu lalu. Mungkin itu sahaja caranya untuk menceriakan diri sendiri dari untuk terus-terus berbolak-balik.