>

Awak tetap cool ...

Anyonghasaeyo ..

Hari ni sibuk dengan aktiviti hujung minggu.. Penat kepala hotak ni tak usah cakap la.. Nasib baik tak meletup kepala otak ni.. Fuhhh.. Dasat bunyinya kan.. hihihii.. Berbalik ngan aktiviti hujung minggu sy tadi, sy sempat  mengunjungi PC Fair 2012 yg berlangsung pada 6 hingga 8 April bertempat di BCCK (Borneo Convertion Centre Kuching)

Hari ni last day, so peluang nak tawar menawar ni memang best punye.. Sy sempat tawar menawar untuk USB 32GB dengan harga RM19 je..! Cayelah.. Seronok sekali sampai nak lompat2 dah.. hihihiii.. Dalam pada tu sempat gak beli Printer baru.. Pendek kata memang berbaloi datang saat2 akhir ni.. Paling best tersempak pulak ngan 'teman tapi mesra' Mohd Z A (nama sebenar dier cool cam orangnya gak.. Kalo sebut fullname sy rasa Wan Hazel mesti kenal.. hihihi..) Seronok sangat mase jumpa dier.. Selepas tinggalkn kolej sy tak pernah jumpa dier lagi.. Tapi sy tau dier happy ngan girlfren dier.. Dier baik sebab masih ingat gak sy yg comel ni.. hihii.. Sempat gak dier tegur sy tadi.. Auww.. Cool & cute je dier tegur sy.. Maaf katakan dier ade iras2 Awal Ashaari.. Lagi2 lesung pipit dier yg comel tu.. hihihii..

Awal Ashaari handsome.. Tapi cute lagi TPM sy.. hihihiii..

Lepas tu kepala hotak sy asyik teringat kat dier je.. Maksud sy kenangan ktaorang semasa di kolej dulu.. Ktaorang mula kenal semasa sesi orentasi pelajar baru.. Dari mula sampai last day orentasi tu dier sekumpulan dengan sy.. Jadi, kebanyakan masa memang ktaorang sentiasa berdua bersatu.. Sy ingat lagi ktaorang berSMS selepas sahur sampai ke jam nak kuliah baru berhenti.. Syok punye pasal tak ingat jam lagi.. Lepas tu lari cam ribut ke bilik kuliah.. hihi.. Setiap kali tersempak mesti dier panggil sy walaupun sy tak nampak dari arah pelosok mana dier panggil.. Sampai kawan2 tanya kita ni ada apa2 tak.. Tapi tak pernah pulak ktaorang bercinta.. Betul, ktaorang sekadar teman tapi mesra je.. hihihiii..

Paling seronok masa bulan puasa ktaorang jejalan jauh ke Bazaar Ramadhan sampai kaki cam nak kejang tak usah cakap la.. Jauh gak bazaar ramadhan tu dari kolej ktaorang.. Lepas tu lewat pulak balik ke hostel.. Alamatnya berbuka puasa sambil jalan pulang kolej.. kehkehkeh.. Memang tak sopan ktaorang masa tu.. Oh ya, semester pertama ktaorang sama stay kat hostel kolej sebab tu kebanyakkan masa ktaorang sentiasa wat aktiviti bersama termasuk la bergaduh bersama.. Lumrah berkawan kan.. Pasti ada menyinggung hati sesama sendiri kan.. Tika ktaorang tak bertegur sapa ni memang kekok tak usah cakap la.. Masing2 buat muka tak bersalah sebab ktaorang sama2 taknak mengalah.. Tapi semua tu tak lama sebab ktaorang memang kamceng jadi memang susah la kalo asyik jumpa tapi tak bertegur.. heh..

Tadi masa jumpa dier balik terasa nak borak lama2 tapi keadaan tak mengizinkan tambahan pulak orang ramai bersesak memang merimaskan.. Lagi merugikan tak berkesempatan pulak nak minta phone number lepas leka sangat bercerita layaknya.. kehkehkeh.. Nanti gedok lam FB je la.. Punyalah ramai friendlist sy nape dier takder erk..?? huhuhu.. Zaman Friendster fames dulu memang tiap2 hujung minggu takde kuliah, ktaorang chat sampai pagi.. hahahaha..

0 Budak Comel:

Post a Comment