>

Lupa


Hello..

Saya sayangkan awak sampai saya terlupa 
yang saya ni cuma insan biasa.
Saya rindukan awak sampai saya terlupa 
yang saya bukan sesiapa.
Saya cintakan awak sampai saya terlupa 
yang jodoh dan ajal di tangan tuhan
Saya nak sangat memiliki awak selamanya sampai saya terlupa yang takdir boleh mengubah segalanya.
Tapi saya tak kisah semua itu. 
Janji saya dapat jaga hati awak walaupun hanya untuk seketika..

Muar Bandar Maharani Bandar Diraja


Anyonghasaeyo..


Muar menurut wikipedia Daerah yang terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.


Bandar Muar diisytiharkan sebagai Bandar Maharani oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada hari Jumaat, 12 Ogos 1887 bersamaan 22 Zulkaedah 1304H dalam satu upacara ringkas di mana Almarhum Sultan Abu Bakar sendiri telah menanam 'azimat' di Tangga Batu (kawasan belakang berdekatan Stesen Bas Maharani sekarang). Almarhum Sultan Abu Bakar secara peribadi telah terlibat dalam pembukaan Bandar Maharani.


Dinamakan sebagai Bandar Maharani sempena gelaran isteri Maharaja Abu Bakar iaitu Maharani Fatimah yang banyak mengambil berat tentang pembangunan daerah Muar ketika itu. 125 tahun selepas moyang baginda mengisytiharkan Bandar Muar sebagai Bandar Maharani, DYMM Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah mengisytiharkan Bandar Muar sebagai Bandar Diraja Johor pada hari Ahad, 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433 di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar.


Welcome back! Hello!


Anyonghasaeyo..




Ahh!! Rindunya nak berblogging cam dulu-dulu! bukan sehari! dua hari ! tiga hari! Saye tinggalkan blog ni.. tapi bertahunnn!! Kalau dulu bukan main rajin nak menulis itu ini. Ade jer benda nak cerita kan. Dulu blog ni dah jadi macam diari. Tapi sekarang, sepi je blog ni. Almaklumlaaa.. Tapi tetiba hari ni terasa nak menaip kat sini. Hehehe.. So sweettttt feeling. Tambahan dah lama gak tak berblogging dan blogwalking ke blog-blog orang. Sadis gak saye tak tau mana blogger-blogger baru yang glamour sekarang ni saye tak kenalpun. Saye cuma kenal blogger otai je. Hehehe..

Rase kekok plak dh lame tak berblogging. Dah bertahun, banyak yang dah berubah. Sungguh..memang saye takde idea nak tulis ape...hati nak menulis tapi fikiran kosong. Lately, saye semacam rasa kekosongan jiwa dalam diri. Bukan sebab tiada siapa yang mendampingi, tapi ia lebih kepada perasaan kehilangan seseorang yang bermakna pada saye. Rasa hilang arah, rasa tiada arah tujuan, rasa lost, rasa hilang feeling semua berkecamuk. Dah banyak kali saye muhasabah benda ni. Banyak kali berharap untuk kembali bersemangat dan bertenaga. Tapi nampaknya Allah belum makbulkan lagi permintaan saye.

Hurm.. Seksanya bila wujud perasaan yang sebegini. Saye manusia yang lemah. Dan kelemahan itu kadang-kadang memakan diri sendiri bila di layan sangat. Okey lah, Nampaknya kena kembali menulis seperti waktu lalu. Mungkin itu sahaja caranya untuk menceriakan diri sendiri dari untuk terus-terus berbolak-balik.