>

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan 1435H / 2014M

Hello..


Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan dariNya untuk berada di bulan yang penuh berkah ni. Bagi orang-orang yang beriman masa inilah yang ditunggu-tunggu. Pelbagai persiapan awal dilakukan bagi menyambut Ramadhan yang mulia. Bagi pendakwah-pendakwah Islam yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat, rata-rata mereka sudah mula bercakap-cakap tentang kedatangan tetamu yang agung ini. Ohhh sungguh mulianya bulan yang penuh keberkatan ini. Tidak kurang pihak masjid mahupun jemaah Islam sudah mula merancang program-program yang akan dilaksanakan sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dan Ihya’ Ramadhan itu sendiri. Semuanya adalah untuk mengajak umat Islam untuk merasai aura kedatangannya dan sama-sama mengambil keberkatan yang ada di dalamnya nanti. Semoga usaha-usaha ini akan dinilai oleh Allah sebagai amal kebajikan yang baik disisiNya.

Ya Ramadhan telah pun hadir. Namun persoalannya adakah kita masih diberi peluang untuk menjadi tetamu agung ini hingga kepenghujungnya?? Adakah kita masih terpilih untuk menjadi salah seorang dari pelajar madrasah ramadhan?? Dan kalaupun diberi peluang untuk berada di dalamnya, mampukah kita ‘gred’ dengan cemerlang setelah sebulan menerima tarbiyyah ramadhan?? Terasa diri amat kerdil dan lemah bila teringatkan amalan-amalan yang pasti banyak kecacatannya. Namun, kita pasti ingin menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk sampai ke penghujung Ramadhan kali ini dan mendapat tarbiyyah Ramadhan sehingga kita menjadi salah seorang dari hambaNya yang bertaqwa. Amin.. Semoga Aku di antara hambaNya yang mendapat redha dariMu Ya Allah. 


Usah sekadar ucapan di bibir sahaja




" Usah risau, apa apa masalah kita boleh bawa bincang "

Pernah dengar sebaris ayat ini? Ya, biasa kan? Rasanya ribuan bibir pernah mengungkapkannya. Kedengaran cukup positif dan memberangsangkan tetapi sejauh mana ia mana dikotakan? Melafazkannya ternyata mudah, apa lagi demi memastikan hubungan yang baru berputik berlangsung seperrti mana yang diangan-angankan. Biar seribu kelemahan diri disenaraikan namun itulah jawapan yang diterima. Telinga yang mendengarnya kembali mengendur, tanda tenang dan gembira.

Bulan pertama, kedua dan ketiga, reaksinya begitu bagus sekali. Menerjah bulan ke-4, kepincangan mulai kelihatan. Insan yang semakin disayangi menunjukkan perubahan. Mungkin juga itulah belangnya yang sebenar. Siapa tahu kan? Demi sayang, jutaan upaya kita kerahkan untuk berkomunikasi dan menjernihkan keadaan. Namun mana sahaja boleh perginya jika hanya kita yang mencuba?

Benar kata-kata jangan cepat putus asa namun sebagai manusia biasa, ada masanya kita terpaksa melakukannya. Usah terlalu memikirkan orang lain sehingga membiarkan hati sendiri terguris. Sampai bila? Cukuplah kata-kata hinaan dan ayat-ayat kasar yang dilemparkan. Itu belum lagi dilabelnya kita dengan pelbagai rupa. Kita dilihatnya sangat jijik dan dia pula begitu mulia. Orang ini benar-benar hebat!

Andai terpaksa kehilangan orang sebegini dalam diari hati, tidak mengapa. Malahan lebih bagus! Apa guna disimpan orang yang tahunya hanya membuatkan rasa tertekan dan kerap kali mengecewakan kita. Ya, ada kalanya hati kita terlalu lembut. Marah bagaimana pun kita tidak tahu untuk membenci. Kita tidak mampu membalas seperti mana yang dilakukannya pada kita. Kelebihan itu juga satu kekurangan.




Smartphone pertama

Hello..

Blackberry?? Ape lak motif tunjuk BB ni? Nak tunjuk awak ade whatsapp ke?? Hahaha.. Sengalnye. Takkanlah kot. Nak tau tak kenape?? Nak tunjuk ni smartphone pertama saye beli dengan duit tabung sendiri tau. Perrgh! Bangga lah ea? Hahaha.. eh,  Comel lak phone saye ni kan mase zaman popularity dye dulu dulu. Sekarang dye tak popular dah sejak iPhone and the geng masok pasaran. Sedih BB ni sekarang tak femes dah. Hehehe..

Kerana BB ni jugak banyak memori. Sayang kot kat BB ni. BB ni kenalkan saye ngan Nanad saye. Auww! Takleh lupe mase memula pakai BB axcited siap letak bbpin kat website lagi. Tup tup kenal ngan Pak Arab dari Muar. Hahaha.. Thanks lah ye rajin gak jenguk  bbpin saye kat situ. Hehehe.. Rindu nak BBM ngan awak Nanad. 

Oh BB hurm..
Sekarang BB ni suke buat perangai. Takleh connect wifi lak tu. Nak BBM pon susah ar geram je. Macam nk baling ke dinding tapi eh saying lak. Hahaha.. Lagi menyampah bateri dye nak low memanjang. Bosan kan. Tunggu nak arwah je BB ni. Sebelum BB bebetol arwah buat sikit post sebagai ingatan. Sobsobsob sdey nye. Nak tukar lain memang takkan same dengan BB ni. Sobsobsob nak nangis hentuk BB kat dahi. Hahaha..

Takpe takpe iPhone hidup lagi walaupun tak same macam BB. Bersyukurlah ye. Hihihi..