>

Selamat Pengantin Baru ..

anyonghasaeyo..

"kelepak , kelepak , kelepak, ,bung, ,bung, ,bung.." -bunyi kompang-
Selamat pengantin baru buat Amalina & Asrul..
Alhamdulillah dah selamat semuanya..




tahniah Asrul & Amalina..
Semoga bahagia hingga akhir hayat..
Cepat² dapat baby ye
:)

Selamat Hari Lahir Umie ...


‎"Dan kesejahteraan bagi dirinya pada hari lahirnya, pada hari wafatnya, dan pada hari dia dibangkitkan hidup kembali.." [Surah Maryam : ayat 15]

13/10/2012 merupakan tarikh kelahiran saudara daku sendiri iaitu Dayang Norasikin Bt Haji Pengiran Bakar Entry yang ringkas tapi penuh ucapan dariku buatmu.. aiseh.. Ayat lah sangatkan.. hihihi..





Walaupun sebenarnya ucapan ini agak lambat tapi insyaAllah... biar lambat asal selamat (ada kena-mengenakah..?) huhui... ^_~ insyaAllah umie, senyum-senyum selalu ea...


Selamat Hari Lahir.......

Moga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan....
Moga sentiasa dimurahkan rezeki.....
Moga sentiasa dipermudahkan segala urusan....
Moga apa yang dihajati tercapai terutamanya bisnes SHAKLEE tu ^__^

dan sentiasa tabah menghadapi ujian dan dugaan yang Allah berikan...

Amin...

Sekadar mengingati sesama kita ...

Anyonghasaeyo...

Manusia boleh berubah.. Kalau semalam benci, harini boleh jadi sayang.. kalau semalam sayang, harini boleh jadi benci.. Kalau semalam jahat, harini boleh jadi baik.. Kalau semalam jahil, tak semestinya jahil selamanya dan kalau semalam alim, tak semestinya harini alim juga..

Dimana dalam kehidupan ini, jelas pasti ada turun dan naiknya kan.. Maka bermakna setiap dari kita ini tidak akan terlepas dari melalui satu proses putaran kehidupan.. Mungkin hari ini kita gembira, hari lain kita akan bersedih.. Mungkin hari ini kita tidak mengendahkan orang lain, hari yang lain pula kita tidak diendahkan oleh orang sekeliling..


Jalan yang menuju ke suatu arah mencerminkan perjalanan hidup kita... Mana arah tuju hidup kita.. Walaupun jalan itu berliku tapi kalau kita tempuh dengan semangat dan kesabaran pasti kita sampai ke destinasinya.. Iman yang kuat di dada juga membantu kita memilih jalan yang betul.. Tapi kalau kita pilih jalan yang salah pun, masih ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan.. Janji kita insaf dan bertaubat..

Itulah putaran hidup, kadang-kadang kita berada di landasan yang betul, dan kadang-kadang kita tersasar.. Tetapi semuanya boleh di ubah jika kita ada tekad..



Welcome back Nichkhun..

Anyonghasaeyo...

Nichkhun 2PM akan membuat kemunculan semula melalui 'Dream KOICA' sebuah program sukarelawan MBC.. yeahhh..!! Sape peminat Nichkhun macam sy sedia maklum kan yang dye mengambil cuti musim panas selepas dye didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol dalam darah tahap 0,056% pada 24 Julai lalu & mengakibatkan satu kemalangan kecil berlaku pada perjalanan pulang ke rumah.. Dan dye pon dah minta maaf & membayar 4 Juta dengan mangsa tu.. Kiranye dye tau tu salah dye kan.. hurm..


5 Oktober lepas nichkhun berangkat pergi ke Tanzania.. Nichkhun yang disertai oleh pasukan 23 sukarelawan & 5 selebriti, termasuk Taecyeon 2PM & pelakon Kim Hyuk, Lee Tae Ran, & Park Sun Woong.. Dorang ni akan membantu 400 penduduk di kawasan itu, yang tidak mempunyai akses kepada elektrik atau air yang mengalir.. Dorang akan kembali ke Korea pada 21 Oktober ni..


Yeahh..! Akhirnya Nichkhun kembali lagi..! Sesiapa sahaja boleh membuat kesilapan kan & kemudian rasa bersalah serta menyesalinya.. Cara Nichkhun mengakui kesilapan dye dan meminta maaf untuk ia adalah dengan melakukan kerja-kerja sukarelawan.. Satu contoh yang baik untuk belia & orang lain.. I'm proud to be a hottests..! You're one awesome Nichkhun..!

I Love You semudah itu ke..?


Annyonghasaeyo..

'I Love You'.. 'I Love You'.. 'I Love You'..!
eheeem! Macam tu ke LOVE..? Macam itu ke CINTA..?
pada ucapan 'I Love You'..? Tak cukup la awak awak awak.. Setiap perkataan itu sepatutnya terzahir melalui perbuatan.. betul?

*dushhh~ #KetukKepalaSendiri.. hahaha!

Ucap “I love you ” kelihatan mudah walaupun makna yang terselindung didalam ucapan tersebut amat besar ertinya bagi seseorang yang menagih cinta daripada orang yang dikasihinya.. Semua juga tahu mengucapkan ucapan tersebut bermakna hubungan cinta meraka masih berjalan seperti biasa.. Namun,yang pasti bukan semua orang memiliki keberanian yang serupa untuk mengucapkan “I Love You “kepada insan terpilihnya..


Salah seorangnya adalah SAYA.. hahaha! Macam tak percaya kan..?? Bekas kekasih macam nak lebih 10 je.. Umur pon 24tahun dah.. Ape barang takleh ucap 'I Love You' kan..?? hahaha! Tapi itulah kenyataannye.. Dan saya cukuplah menyampah bila di paksa ucapkan 'I Love You' ni.. Bukan tak sayang ke tak cinta ke tapi masalah nya memang sukar sangat saya nak lafazkan ayat yg mudah bagi orang lain tetapi tidak bagi saya..

Selalu kan kite dengar orang cakap 'I Love You'.. Selalu sangat cakap 'i sayang you..' Tapi mana buktinya kata-kata ni..? Takkan dengan kata-kata je kan..? Alaa.. Anak mak cik goyah umo 2 tahun pon pandai cakap 'I Love You' .. Tapi cuba tanye maksud tu dye bole lagi cakap tak tau punye.. hahaha! Sebab tu tolong laa please laa jangan paksa saya cakap 'I Love You' sebab saya takkan ucapkan walaupon saya sayang awak macam nak terjun lombong arang pon.. hahaha! Melampau nye metafora saya kan.. hehehe!

Apa sekali pon kalau dah cintakan seseorang tu tak perlu menzahir dari ucapan 'I Love You' pon kan.. Dengan bahasa badan pon kite boleh tau hati dye untuk kite.. Tapi memang di nafikan ucapan 'I Love You' sama pentingnye jugak tapi bukan pada saya.. hehehe! Harap maaf wahai awak.. Tapi saya sayang awak taw.. ngeee:p