>

Petua atuk nenek menghilangkan parut ..

Anyonghasaeyo..

Berkesan atau tidak, mudarat atau bermanfaat.. Terserah kepada uols untuk menentukannya.. Ikut nasib dan jenis kulit jika uols nak cuba petua ni yg tidak diiktirafkan oleh Cikgu Sains sy.. hihihiii.. Ok, Jom selidik..


  • Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga kekuningan.. Lepas tu, tumbuk sehingga hancur & bancuh dengan air asam jawa.. Kemudian gosokkan ramuan tu ke tempat berparut sebelum mandi pagi..
  • Ambil lendir lidah buaya atau yg orang panggil Aloe vera tu & sapukan ke atas parut.. Lakukan 3 kali seminggu untuk mempercepatkan parut mengecut..
  • Kukus ubi kentang sehingga lembut & lenyekkan kemudian tempel pada bahagian berparut.. Amalkan sehingga parut beransur hilang..
  • Tumbuk beberapa batang kayu manis sehingga menjadi serbuk.. Kemudian campurkan dengan sedikit air, lalu tempelkan pada parut..
  • Kisar timun & tapis airnya.. Ambil hampas timun lalu tampalkan pada parut & biarkan setengah jam sebelum dicuci dengan air suam..
  • Tumbuk 10 helai daun sirih muda.. Kemudian, tempelkan pada parut terutamanya parut jerawat.. Dah kering cuci dengan air bersih.. Amalkan petua ni 3 kali seminggu..
  • Bancuh air asam jawa (jangan terlalu cair) dan sapukan pada bahagian berparut, amalkan di waktu malam sebelum tidur.. 


Parut - kecacatan kecil..???

Anyonghasaeyo..

Datangnya tidak diseru, perginya amat dialu-alukan.. Sama ada ia bersifat kekal mahu pun sementara, tiada siapa inginkan parut bermastautin di kulit badan.. Betul tak..?? Kali ni sy nak jadi pakar kulit mengantikan pakar2 yg sedia ada.. Cheewahhh.. hihihiii..

Parut terjadi apabila tisu serabut menggubah struktur kulit normal pada dermis.. Ia dikatakan sebagai satu proses semula jadi pemulihan kecederaan yg boleh dialami sesiapa sahaja.. Uols tau kan parut boleh berlaku pada mana2 bahagian badan & kandungan serta  rupa parut juga berbeza bergantung pada banyak faktor seperti jenis kulit individu sendiri, bahagian tubuh, saiz luka asal, jenis kecederaan, umur individu & kandungan zat badan seseorang..


Justeru, ada juga yg mempertingkaikan kenapa ada sesetengah orang pula sukar memperolehnya.. Ada pula sesetengah orang apabila  mendapat luka & seterusnya parut, ia mudah dihilangkan.. Contoh orang tu adalah sy sendiri.. hihihii.. Baik punya.. Manakala tempoh untuk menghilangkan parut mengambil masa mungkin beberapa hari, beberapa tahun & ada kala ia kekal selamanya..

Tubuh kita menghasilkan kolagen untuk memapankan kulit yg tercedera & memerlukan lebihan kolagen dihasilkan.. Kolagen tambahan akan pecah disebabkan oleh enzim (Collagenase).. Sekiranya berlaku kekurangan enzim & terlalu banyak saki baki kolagen, ia akan menaikkan parut.. Maksud sy parut akan menjadi lebih jelas kelihatan.. Ianya bergantung kepada kekerasannya & tidak pasti sama ada kulit baru   boleh muncul atau tidak sewaktu proses penyembuhan..

Manakala kebanyakkan tisu badan manusia hanya mampu menanggung pertubuhan semula yg tidak lengkap..  Jadi maknanya, tisu asli yg sudah rosak akan digantikan dengan sebarang tisu (tiada klasifikasi).. Tisu ini berfungsi menukarkan tisu yg tidak bermutu kepada yg asli.. Jadi, kalo uols taknak kelihatan hodoh dengan parut ni pandai2 la jaga diri ok. hihihiii.. Untuk entri seterusnya sy akan berkongsi petua menghilangkan parut pulak.. 

Kecelaruan Maklumat (lulz nama fancy gila)

Anyonghasaeyo ..

I just wanna share new video by matluthfi..


My Sweet Khunnie ...

Anyonghasaeyo ..

Khunnie @Paris ..

How cute my khunnie .. hihi

Be Happy Khunnie ..

Berbaik dengan bekas suami setelah bercerai ...

Anyonghasaeyo ..

Hrrmm.. Usahkan yg sudah bercerai, malah dengan bekas kekasih pun taknak kan...?? Itu pendapat sesetengah orang daripada kita.. Tapi membaca Ruangan Ratu dalam BERITA HARIAN semalam buatkan sy kagum seketika.. Memang hebat wanita bernama Fatimah Md Aris tu sebab mampu berfikiran yg sungguh positif bila mana beliau berbaik dengan 2 orang bekas suaminya malah turut serta menguruskan perkahwinan bekas suaminya.. Aduhh.. Tabahnya hati wanita ini kan..?? Kagum lagi sy..

Fatimah Ab Aris bersama bekas suami2 nya
Menurut wanita ini, beliau mendirikan rumah tangga dengan suami pertama Abdul Razak Bahudin pada tahun 1972 & perkahwinan itu bertahan sedekad.. Perkahwinan dengan suami kedua Ab Rahim Mohamad pada tahun 1983 & bercerai pada 1993 namun pada itu mereka rujuk semula pada tahun 1995 namun bercerai sekali lagi pada tahun 1998.. Beliau mempunyai 5 orang anak & 10 orang cucu..
Apa yg perlu, setiap kita perlu bersihkan hati & buang segala sifat dengki.. Walau tidak lagi tinggal sebumbung & memegang status sebagai isteri, tetapi kasih sayang itu ada dalam hati ini..
Saya akur, jodoh saya memang tidak panjang & kami ditakdirkan berkawan saja.. Lebih selesa begitu rasanya..
Sebelum ini, ketika menjadi suami ister, perasaan cemburu meluap-luap, bergaduh sakan.. Tetapi lepas berpisah, hormat masih ada, tidak cemburu & saya juga suka bila dia dapat mencari pengganti..
Itulah petikan kata-kata Fatimah Md Aris bagaimana beliau mampu berbaik semula dengan bekas suami-suaminya.. Bagi sy pula, kata2 beliau ada betulnya.. Kadang2 kita asyik bergaduh bila bercinta atau berumahtangga namun lepas berpisah boleh pulak berkawan baik.. Pelik kan..?? Itu maksudnya kita lebih baik berteman tapi mesra dari bercinta tapi merana.. Maaf, itu pendapat sy sebab kukuhnya sy pun pernah melalui situasi ini dengan bekas kekasih bukan bekas suami sebab sy lom kahwin lagi doe... hihihiiii..

Children Learn What They Live...

Anyonghasaeyo..

Nichkhun with his Siblings..
If children live with criticism, they learn to condemn..
If children live with hostility, they learn to fight..
If children live with fear, they learn to be apprehensive..
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves..
If children live with ridicule, they learn to feel shy..
If children live with jealousy, they learn to feel envy..
If children live with shame, they learn to feel guilty..
If children live with encouragement, they learn confidence..
If children live with tolerance, they learn patience..
If children live with praise, they learn appreciation..
If children live with acceptance, they learn to love..
If children live with approval, they learn to like themselves..
If children live with recognition, they learn it is good to have a goal..
If children live with sharing, they learn generosity..
If children live with honesty, they learn truthfulness..
If children live with fairness, they learn justice..
If children live with kindness and consideration, they learn respect..
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them..
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live...

Pesta Kaul ...

Anyonghasaeyo ..

Kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi.. Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain.. Pada 13-15 April lepas telah berlangsung Pesta Kaul Oya di Arena D'Sanglau, Oya, Dalat.. Manakala Pesta Kaul Mukah bakal berlangsung pada 21-29 April ni di Tapak Pesta Kaul, Kuala Dana, Mukah.. 
Perayaan Kaul dipraktikkan oleh golongan yang masih berpegang kepada kepercayaan lama, manakala bagi Melanau Islam dan Kristian acara itu lebih kepada acara sosial serta dianggap sebagai satu keramaian sahaja.. Pesta Kaul juga perlu berkembang sesuai dengan perkembangan zaman tanpa mengenepikan ciri-ciri budaya unik yang diwarisi sejak turun temurun.. 


Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau 'Pagan' untuk memohon restu daripada penunggu laut,darat,ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki.. Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan, Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu..
Tibow..
Permainan wajid ketika pesta ini adalah 'Tibow'.. 'Tibow' merupakan sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular.. Dikenali sebagai Pisa' Tibow, permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah.. Dan sebagai pemainan yang digemari ramai.. Waktu inilah anak-anak muda berkaul dan ia sebenarnya merupakan pesta untuk mencari jodoh.. hihihiii..

Pesta yang disambut setiap tahun ini menjadi simbol kepada perpaduan erat pelbagai kaum yang hidup rukun damai di Sarawak sejak sekian lama dan sy pula berasal dari suku Kaum Melanau Oya.. Bezanya, sy Melanau celup sebab tu tak reti sangat nak cakap melanau.. hihihiii.. Tambahan pula sy membesar di kalangan orang melayu.. Tapi sepatah dua tu sy masih boleh faham lagi.. huhuu.. 


While You Were Sleeping ..

Anyonghasaeyo ..


Sekarang ni sy layan drama ni.. Drama ni bersiaran pukul 10.25pm - 11.50pm kat ONE HD.. Uols yg gila ngan Korean Drama macam sy mesti tau citer ni.. Terus terang citer ni buatkan sy tertekan je.. Lagi2 ngan perwatakan diroang yg buat sy nak lempar je TV ke dalam sungai Sarawak.. hihihi..

Lee Young Eun..
Choi Won-Young
Geram punya geram asal time nak start mula gak mendongak tengok drama tu.. hahaha.. Ok, sy kongsikan sedikit mengenai drama ni.. Drama ni mengisahkan Oh Shin Young (Lee Young Eun) adalah pakar pemakanan di kafeteria hospital.. Shin Young mempunyai personaliti ceria & gembira kerana dia mempunyai orang2 yg dia dicintainya serta bakal melahirkan anak kembarnya... Tetapi, semasa nak melahirkan kembar tu Shin young jatuh kat Escalator..

Oh Yoon-Ah
Lee Chang Hun
Yoon Min Joon (Choi Won-Young) adalah suami Shin Young.. Min Joon bekerja jabatan jualan syarikat makanan... Min Joon adalah seorang suami yang baik & menyayangi isterinya.. Tapi semasa Shin young jatuh dalam keadaan kritikal dia selamatkan oleh Doktor Go Hyung Sung (Oh Yoon-Ah) iaitu cinta pertama Min Joon.. Go Hyun Sung ketua obstetrician di hospital.. Hyun Sung merupakan isteri kepada Chae Hyuk Jin (Lee Chang Hun) yg merupakan Pengarah syarikat makanan..

Sungyeol INFINITE
Bermula dari saat tu macam2 la perjalana citer ni.. Paling sy tak suka sangat kat Hyun Sung tu.. Ntah apa2 le pompuan sorang tu.. Tak sabar nak tunggu ending drama ni.. Camner agaknya kan.. Otak sy dah merencana sinopsis sendiri ending drama ni.. hihi..Ok, sebelum terlupa.. Sungyeol INFINITE pun ade dalam drama ni.. Alahai comel sunggah Seungyeol dengan cermin mata tu.. Cam nak cubit2 je.. Tapi Nichkhun lagi comel.. hihihi.. Taknak Nichkhun kalah.. kehkehkehh..

Anugerah Sukan Negara 2011..

Anyonghasaeyo ...


Agak terlewat sy nak update mengenai senarai pemenang Anugerah sukan Negara ni.. Kesibukan membatasi segalamnya sampai tak berkesempatan pun jenguk blog ni.. Tapi sy nak update gak pasal Anugerah ni sebagai penyokong Pasukan Malaysia.. hihihi.. Apa2 pun sy bangga dengan Pandelela Rinong yg merupakan anak jati sarawak macam sy.. hihihi.. Ok, sini senarai pemenang Anugerah Sukan Negara.. 
  • Olahragawan Kebangsaan --> Datuk Lee Chong Wei (Badminton)
  • Olagragawati Kebangsaan --> Pandelela Rinong (Terjun)
  • Pasukan Lelaki Kebangsaan --> Cheng Chu Sian. Kahirul Anwar Mohammad, Haziq Kamaruddin (Memanah)
  • Pasukan Wanita Kebangsaan --> Katrina Ann Abdul Hadi, Png Hui Chuen, Lee Zhien Huey, Yeo Pei Ling, Tan May Mei, Mandy Yeap Mun Xin, Tasha Jane Taher Ali, Gan zhen Yu, Lee Yhing Huey, Emanuelle Mah Thil Da (Renang Berirama)
  • Olahragawan Paralimpik Kebangsaan --> Allahyarham Muhammad Salam Sidik (Memanah)
  • Olahragawati Paralimpik Kebangsaan --> E K Hemala Devi 
  • Jurulatih Lelaki Kebangsaan --> Syed Mohd Hussain Syed Mazlan (Berbasikal)
  • Jurulatih Wanita Kebangsaan --> Rosniza Abu Bakar (Gimrama)
  • Anugerah Kepimpinan Suakn --> ???
  • Anugerah Khas --> Shahrudin Jaffar (Berbasikal)
Jutaan Syabas & Tahniah buat mereka.. Majulah sukan untuk Negara Malaysia.. 


Comelnye Zara ...

Anyonghasaeyo ..


Cakkk.. Memperkenalkan Zara Aisyah.. keh3.. comel tak..?? Aeh, betul ke Zara Aisyah tembam camni semasa bayi..?? Takkan la betul2 Zara Aisyah.. kuang3.. Gurau je.. Sori.. Ni bukan Zara Aisyah tapi NurLiyana Maizara.. Nama panggilan Zara.. Ni baby Kakak angkat sy Arnie.. Zara baru je lahir 11 April di Hospital Lundu dengan berat 3.53kg.. Fuhhh.. Patut pun Zara ni montel sangat.. hehehe..

Cara efektif berdepan stress ...

Anyonghasaeyo ..

  • Luah perasaan ..
- Jika uols berada dalam keadaan kritikal, carilah teman atau family & luahkan segala masalah.. Adakalanya seseorang lain mampu memberi pandangan secara relevan yg boleh menenangkan uols.. Sy selalu begini.. Ianya berkesan.. Cayelah..
  • Fahami bahasa tubuh
- Apabila uols merasakan kekejangan otot, uols sepatutnya fahami reaksi ini.. Ini menandakan tubuh memberi isyarat bahawa ia berada dalam keadaan kurang stabil & perlukan perhatian..
  • Kongsi tanggungjawab keluarga
- Bijak mengendalikan urusan keluarga membuatkan uols perlu pandai mengutamakan apa yg perlu dilakukan dalam rutin harian.. 
    Hilang stress tengok kecomelan Nichkhun .. hihi
  • Belajar bertenang
- Alternatif paling mudah, cari keseronokan yg membuatkan uols boleh terlupa dengan bebanan kerja atau yg sewaktu dengannya.. Apabila terasa bosan, call je kawan ajak gosip artis.. hihihii..
  • Elakkan rasa bersalah
- Jangan berasa rendah diri jika kita melakukan kesilapan.. Belajar dari kesilapan tetapi jangan sesekali menghukum diri sendiri.. Paling penting belajar untuk kata tidak..!
  • Berehat
- Luangkan sedikit masa dalam kesibukan harian dengan merehatkan badan & minda uols.. Lakukan sesuatu yg berbeza seperti menonton wayang, shopping atau ber k-pop.. kehkehkeh..

Alahai.. Nyenyaknya Nichkhun tido..
  • Tidur nyenyak
- Satu cara terbaik untuk merehatkan otak setelah seharian bekerja.. Peruntukkan 7 jam dalam sehari untuk tidur & gunakan waktu tu dengan sebaiknya.. InsyaAllah..


Sukar lagi jadi Mrs Khairul Fahmi ...

Anyonghasaeyo ..

"..Terus terang, memang sukar menjadi Khairul Fahmi kerana apa saja yang saya lakukan menjadi perhatian ramai.  Status saya membuat masyarakat bebas untuk membuat penilaian. Namun asalkan keluarga dan saya sendiri tahu perkara sebenar, itu memadai.."

Membaca kenyataan Khairul Fahmi a.k.a Apek dalam Berita Harian tadi membuat sy tertanya-tanya & berfikir camner agak nya kalo menjadi 'Mrs Khairul Fahmi' sebab nak jadi Khairul Fahmi pun sukar.. Tentu lagi sukar bila sesiapa bergelar 'Mrs Khairul Fahmi' kan..?? Penangan glamor memang hebat bila mampu membina serta meruntuhkan perhubungan dalam masa yg tidak dijangka.. well..well.well..

Apek & Shida Harmi ..

Apek & Elia .. 

Apek & Dahlia Teck ..

Apek & Liuniey ..


Tapi siapakah yg akan bergelar 'Mrs Khairul Fahmi' erkk..?? Hrmmm.. Tunggu & lihat je la.. Bak kata Apek, soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.. Walaupun sy ni tergolong dalam golongan kipas susah mati Apek, sy taknak jadi 'Mrs Khairul Fahmi' sy nak jadi 'Mrs Khunnie' je.. hihihiii..


Sepetang di Panggung Udara Kuching ...

Anyonghasaeyo ..

Petang tadi sy dengan rasa rajin yg amat nak berjogging la kononnya terfikir nak ke panggung udara.. Sampai je kt panggung udara terus terbatal nawaitu baik sy tu.. hihihii.. Nape..?? Sebab asyik sangat ambik gambar sampai tak ingat tujuan sebenar ke situ.. hihihii.. Panggung Udara ni memang tempat untuk berjogging selain untuk aktiviti sosial lain yg bersesuian dengan kedudukan yg tidak jauh dari Dewan Suarah Kuching.. Kalo datang petang2 yg redup memang best.. Sebab tu panggung udara ni menjadi salah 1 tempat favourite sy singgah kalo nak menyendiri di petang hari.. hihihii.. Ok, sy kongsi sikit gambar yg sy ambik tadi.. 

Panggung Udara ..


Ntah makhluk mana buang botol kosong tu merata je ..


Keta ntah sapa pun jadi mangsa masok lam gambar ni ..hihi..

Nampakkan Dewan Suarah Kuching ..


Khilfi Hannan.. Jadi model pentas jap erk.. hihi..