>

Titipan pengajaran


Salam..

Kadang apa yang tersingkap disebalik kebenaran tu memang menyakitkan. Sebab realiti tak sehebat yang kita impikan. Cuma bila realiti mengatasi segala rasa yang ada cuma sengsara. Persoalannya, takkan nak pilih pembohongan?? Saya penat berbohong. Bohong yang akhirnya mengakibatkan kesan yang sangat teruk. Kalau boleh saya putarkan balik masa saya tak memilih untuk berbohong. Contoh bohong paling mudah "I'm Okay" BOHONG!!

Dalam kita melalui hidup adakala kita akan jatuh hingga kita sendiri terpaku pada satu sudut "Mengapa aku yang harus laluinya??" Kadang kadang kenangan dan masa silam tu akan berputar semula seperti filem yg sedang ditayangkan. Walau diubati dengan apa cara sekali pon, luka yang ada akan tinggalkan parut akhirnya.

Saya belajar sesuatu, bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa. Tapi ia mengajar kita kuat. Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. Andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur.


Kata seorang teman, Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena ambil sedikit masa untuk duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri. Selama kita hidup, apa yang kita buat? Ada tak kita sedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, patuh kepada perintah Allah? Ada tak kita maafkan orang dan minta maaf dekat orang sebelum kita tidur?


Sungguh, bila mendengar kata kata tersebut bagai diri sangat kerdil. Memang benar kata orang kita ini tidak lain hanyalah makhluk Allah yang sangat kerdil. Sangat sangat kerdil. Tiada sebab untuk kita berasa angkuh, sombong, bongkak, meninggi diri dan apa sahaja sifat mazmumah yang seumpamanya.

Kita sering lihat semut yang kecil, namun begitu gagah membawa makanan yang berkali ganda lebih besar daripadanya. Tidak sedikitpun timbul rasa takut kepada sang semut yang gagah tadi. Kenapa? Kerana kita mempunyai jasad yang beribu kali ganda lebih besar berbanding semut. Tapi bila sang semut menggigit kita, habis sampai penyek semut tadi kita kerjakan. Begitu gah sekali. Seolah-olah kita mahu buktikan pada semut, bahawa kita jauh lebih kuat daripadanya. Baru sekali kena gigit, terus 'murka' dan memberi balasan berbentuk 'tunai'.