>

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan 1435H / 2014M

Hello..


Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan dariNya untuk berada di bulan yang penuh berkah ni. Bagi orang-orang yang beriman masa inilah yang ditunggu-tunggu. Pelbagai persiapan awal dilakukan bagi menyambut Ramadhan yang mulia. Bagi pendakwah-pendakwah Islam yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat, rata-rata mereka sudah mula bercakap-cakap tentang kedatangan tetamu yang agung ini. Ohhh sungguh mulianya bulan yang penuh keberkatan ini. Tidak kurang pihak masjid mahupun jemaah Islam sudah mula merancang program-program yang akan dilaksanakan sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dan Ihya’ Ramadhan itu sendiri. Semuanya adalah untuk mengajak umat Islam untuk merasai aura kedatangannya dan sama-sama mengambil keberkatan yang ada di dalamnya nanti. Semoga usaha-usaha ini akan dinilai oleh Allah sebagai amal kebajikan yang baik disisiNya.

Ya Ramadhan telah pun hadir. Namun persoalannya adakah kita masih diberi peluang untuk menjadi tetamu agung ini hingga kepenghujungnya?? Adakah kita masih terpilih untuk menjadi salah seorang dari pelajar madrasah ramadhan?? Dan kalaupun diberi peluang untuk berada di dalamnya, mampukah kita ‘gred’ dengan cemerlang setelah sebulan menerima tarbiyyah ramadhan?? Terasa diri amat kerdil dan lemah bila teringatkan amalan-amalan yang pasti banyak kecacatannya. Namun, kita pasti ingin menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk sampai ke penghujung Ramadhan kali ini dan mendapat tarbiyyah Ramadhan sehingga kita menjadi salah seorang dari hambaNya yang bertaqwa. Amin.. Semoga Aku di antara hambaNya yang mendapat redha dariMu Ya Allah. 


0 Budak Comel:

Post a Comment