>

Muar Bandar Maharani Bandar Diraja


Anyonghasaeyo..


Muar menurut wikipedia Daerah yang terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.


Bandar Muar diisytiharkan sebagai Bandar Maharani oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada hari Jumaat, 12 Ogos 1887 bersamaan 22 Zulkaedah 1304H dalam satu upacara ringkas di mana Almarhum Sultan Abu Bakar sendiri telah menanam 'azimat' di Tangga Batu (kawasan belakang berdekatan Stesen Bas Maharani sekarang). Almarhum Sultan Abu Bakar secara peribadi telah terlibat dalam pembukaan Bandar Maharani.


Dinamakan sebagai Bandar Maharani sempena gelaran isteri Maharaja Abu Bakar iaitu Maharani Fatimah yang banyak mengambil berat tentang pembangunan daerah Muar ketika itu. 125 tahun selepas moyang baginda mengisytiharkan Bandar Muar sebagai Bandar Maharani, DYMM Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah mengisytiharkan Bandar Muar sebagai Bandar Diraja Johor pada hari Ahad, 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433 di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar.


0 Budak Comel:

Post a Comment