>

Tafsiran


Pernah aku melihat mereka daripada kawan menjadi teman
Daripada teman menjadi kekasih
Diangkat tinggi lagi menjadi pasangan yang halal 
Maka aku meletakkan tafsiran itu bahagia

Pernah aku melihat mereka tidak bahagia menjadi kawan 
Tetapi bahagia menjadi teman
Mereka tidak mampu menjadi sahabat kerana tiada persefahaman sebagai kawan
Maka dipilih menjadi yang istimewa
Halal disentuh ikatannya kukuh

Cuma ikhlasnya aku lebih percaya
Yang sahabat tidak mampu ditukar menjadi suami
Yang kawan tidak harus ditukar menjadi isteri
Yang kekasih bukan teman persinggahan untuk kenang kenangan merawat hati yang rawan

Jujurnya takut nanti akan terjadi kurangnya rasa hormat
Yang segalanya tidak akan sama lantaran perbezaan itu menerbitkan rasa kuranf senang selamanya di hati
Yang tidak mampu diungkap mahupun diungkit takut lukanya dalam tidak terubat nanti


0 Budak Comel:

Post a Comment