Salam..
Setiap manusia itu terbekal dengan pengalaman hidup masing masing. Kehidupan itu ibarat skrip yang dilakonkan oleh watak watak yang menghiasi jalan cerita. Jalan cerita itu sebenarnya dipilih sendiri oleh para pelakon, sama ada mahu memilih jalan selamat atau jalan yang sengsara.
Skrip yang manusia lakonkan itu kadangkala banyak yang memberi pengajaran. Andai kita renung dan perhatikan, tiap takdir atau peristiwa yang berlaku kepada kita, pasti ada hikmah dan ilmu yang Allah SWT mahu kita fikir dan hadam sedalamnya.
Manusia akan lebih matang jika dia tidak hanya menggangap masa lalu sebagai kenangan. Sebaliknya dia haruslah menggangap ia sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. Sesunggguhnya coretan pengalaman hidup, suka duka, tangis tawa itu bukanlah suatu perkara yang murah. Harganya terlalu mahal kerana kita sedang diajar secara tidak langsung oleh Allah SWT.
0 Budak Comel:
Post a Comment