>

Belajar kuat, belajar bersyukur


Salam..

Dalam hidup kita ini tentunya kita penat melayan ragam manusia yang kadang pelik dan pelbagai. Setiap orang itu ada perangai yang tersendiri, kadang kita suka dengan mereka, bergaduh, sedih dan gundah gelana. Ketika itu, kadang kita dapat kawal emosi kita dan kadangnya kita tak dapat kawal emosi.

Apalagi taip di facebook, bagitahu tak puas hati kepada seseorang bla bla bla dan bla. Dalam kehidupan manusia pelbagai perkara dan peristiwa dilalui. Semakin berusia semakin bertambahlah pengalaman yang dirasai. Peristiwa yang ditempuh ada yang manis, pahit, masin, tawar, kelat, masam dan hanyir. Pengalaman indah teramat indah untuk dikenang. Biarlah kenangan manis sentiasa segar diingatan, pedoman dan panduan dalam meniti kehidupan. Segala peristiwa pahit, getir dan buruk, jangan terus dilupakan dari kenangan, biarlah menjadi pengajaran untuk kita memacu masa hadapan agar lebih berhati-hati agar peristiwa ini tidak akan menjelma semula mengganggu kehidupan.


Kalau nak tahu sebenarnya setiap kali ujian, kita akan ada satu masa, kita lemah betul, kesabaran di tahap paling maksima, dan kita rasa macam Allah, nak buat apa lagi nie? Nak kuat macam mana lagi nie? Penat dah nie. Saye panggil waktu tu sebagai waktu kemuncak yang paling dekat dengan putus asa tapi tknak putus asa. Dan waktu tu Allah akan bagi sesuatu yang istimewa antaranya hadirkan seseorang yang istimewa. Bersyukur sangat sebab dia akan bawa satu nasihat lain dari yang lain, dia akan bawa satu pertolongan yang lain dari yang lain..

Kalau mereka mereka yang tolong saye nie sedang baca entry nie, saye berterima kasih sangat sangat, hanya Allah yang dapat balas budi kalian. Saye doakan kebaikan dunia akhirat untuk korang. Semoga Allah permudahkan urusan kalian, andai satu hari korang ada masalah yang saye tak mampu nak tolong, saye doakan Allah akan hadirkan orang - orang yang tepat untuk korang macam Allah hadirkan untuk saye sepanjang ujian ini.

Amin!


0 Budak Comel:

Post a Comment