>

Selamat Hari Pekerja - Tips melangkah ke puncak kerjaya ...

Anyonghasaeyo..


1 Mei khas untuk semua insan2 yg bergelar pekerja, tak kira apakah pekerjaan uols, 'Selamat Hari Pekerja'sy ucapkan.. Uols yg bergelar pekerja merupakan pemangkin pembangunan negara kita Malaysia.. Berbanggalah menjadi pekerja.. hihihii.. Entri kali ni sy nak kongsi sedikit tips2 kerjaya cemerlang dengan harapan dapat membantu uols yg bergelar pekerja untuk mendaki selangkah demi selangkah ke puncak kerjaya uols.. Biar selama mana pun uols selesa bernaung di bawah satu bumbung, percayalah uols harus sentiasa sedia menerima perubahan demi kemungkinan masa depan uols.. Sy ada petua untuk uols jadi pekerja yg gemilang.. Jom selidik..

  • Mulakan dengan Bismillah.. Ia adalah kalimah pertama dalam Al-Quran, mengawali kalam ALLAH, dan  bagi setiap urusan kerja yg uols lakukan,mulakanlah juga dengan Bismillah..
  • Lakukan dengan rasa seronok.. Rasa seronok bekerja sebenarnya perlu kita datangkan sendiri.. Bila hati gembira, segala galanya jadi senang.. Langkah kita sendiri akan jadi ringan..
  • Beri sepenuh tumpuan.. Jangan leka, beri 100% tumpuan terhadap kerja.. Bila uols beri segala tumpuan kepada kerja, uols akan sentiasa peka, sentiasa membuka mata..
  • Tahu apa yg uols mahu.. Apa yg uols mahu daripada kerja, daripada rakan sekerja, daripada hidup..?? Fikir dan timbangkanlah.. Uols perlu ada happy ending sendiri, matlamat yg mahu dicapai..
  • Fahami kerja.. Aktifkan diri tentang apa yg dikehendaki daripada uols & apa pula yg berada di luar tugasan uols.. Pastikan uols menjadi penyumbang penting di pejabat..
  • Ambil setiap peluang.. Sekali sekala takdir memberikan uols peluang, tiba2 sahaja ia datang bergolek jatuh ke riba uols.. Ambil setiap peluang yg diberi tu & jangan di sia-siakan..
  • Hulurkan sedekah.. Jangan kedekut menghulurkan sedekah atau zakat.. Ingat harta hanyalah pinjaman Tuhan.. Selepas bersedekah hati akan berkembang & tekanan pun bagai berkurang..
  • Elak merungut.. Merungut adalah kerja orang pemalas yg suka membazir masa, ia tidak produktif.. Daripada uols merungut, cuba cari jalan jadi produktif..
  • Konsisten dalam kerja.. Walau apa pun yg mengacau, kerja uols perlu tetap sempurna.. Jika kerja yg diberikan kepada uols sentiasa konsisten elok, uols akan dipercayai.
  • Mahir menjangka halangan.. Uols kena bijak menjangka aral melintang kerjaya.. Uols harus tenang, kena bersedia menghadapi apa saja halangan dalam kerjaya..

Dalam hidup berkerjaya, adalah sukar untuk memuaskan hati semua orang kan..?? Ada saja yg tidak kena dengan orang.. Ada yg salah ada pula yg betul.. Pandai2lah uols mengawal kemarahan orang2 tertentu demi masa depan uols sendiri.. Rencanakan segalanya termasuk yg remeh.. Tetapi, adalah naif untuk mempercayai semuanya akan lancar.. Oleh itu, uols haruslah bijak dalam semua tindakan yg uols ambil.. Jangan sabotaj kerjaya uols demi hal yg tidak sepatutnya.. Akhir sekali pesanan sy, tiada yg tidak boleh dicapai andai uols bijak berdepan dengan masalah dalam kerjaya.. InsyaALLAH uols akan berjaya jua nanti.. Amin..

0 Budak Comel:

Post a Comment