>

10 Cara Meraikan Hari Ibu ...

Anyonghasaeyo ..

Esok 13 Mei merupakan Hari Ibu.. Bagi yg nak menyambut Hari Ibu tu jom kita kongsi sama-sama bagaimana mengharukan Mama di hari istimewanya..

  • Mulakan pagi 13 Mei penuh makna dengan menghadiahkan kucupan di pipi Ibu sambil membisikkan ucapan selamat buatnya..
  • Antara hadiah terbaik buat Ibu adalah dengan membawanya berehat & menenangkan fikiran seperti mengunjungi spa atau bercuti.. Esok kan hari ahad..
  • Paling tidak, duduklah bersama Ibu sepanjang malam sambil bercerita tentang kenangan-kenangan manis yg mampu menyegarkan ingatannya.. 
  • Buat kad untuk ditandatanganioleh semua adik beradik kemudian coretkan sedikit kata-kata khas daripada setiap orang untuk Ibu yg membuatkannya tersentuh..
  • Lakukan aktiviti bersama Ibu andai sebelum ni uols tidak berpeluang berkebun, mengubah bunga atau memasak dengannya tetapi hari ni cuba temaninya sepanjang hari..
  • Tiada yg lebih membahagiakan Ibu apabila dapat berkumpul bersama-sama anak-anaknya seperti masa zaman kecil-kecil dulu.. Tentu seronok Ibu melihat anak-anaknya berkumpul sempena Hari Ibu..
  • Lebih bermakna jika uols membuat kek sendiri untuk menyambut Hari Ibu.. Kalo dah tak reti beli je la k.. hihihii..
  • Ambil masa beberapa minit, dakaplah tubuh Ibu seerat mungkin.. Kehangatan pelukan Ibu kala itu pasti mengingatkan uols semasa zaman kanak-kanak di mana sentiasa dipeluk & dibelai Ibu..
  • Andaikata uols tidak berada jauh dari Ibu, setidak-tidaknya hubungi melalui telefon atau mesejlah ucapan-ucapan indah buatnya..Ibu pasti akan faham uols ikhlas walaupun tidak dapat meraikannya..
  • Doa adalah hadiah mustajab untuk orang yg sentiasa di hati uols.. Justeru. tak kira di mana saja Ibu berada, teruslah mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan untuknya.. 
Akhir kata dari sy, sayangilah Ibu uols selagi dia masih bernafas.. Berikan apa saja yg diperlukan selagi dia masih mahu.. Ikhlaskan hati mencurah bakti selagi dia tidak membenci.. Apabila sayang jadi benci, kelak uols akan menyesal sampai mati...

1 comment:

  1. hepy mother's day :)

    http://www.akumad.com/2012/05/dimana-kan-ku-cari-ganti-seperti-dirimu.html

    ReplyDelete