>

Bak Delima Merekah ...

Anyonghasaeyo..


Buah Delima rahsia kecantikan..?? Berfikir panjang sy mendengarnya.. Maaf sy katakan kerana sy baru je tau buah delima ni merupakan bahan kecantikan orang melayu.. Sungguh sy terkejut bila kawan sy katakan buah delima mempunyai keajaiban luar biasa dalam pengamalan etnoperubatan.. Biar betul desis hati kecil sy atau sy ketinggalan maklumat berguna ni.. So, sy pun tanye Uncle Google tapi Uncle Google tak berikan sy jawapan yg memuaskan.. Jadi sy dengan rasa ingin tahu yg membukit terus je melangkah rajin ke perpustakaan.. hihihiii..

Dari maklumat yg sy perolehi kt perpustakaan tadi, menurut kajian buah delima merupakan salah satu  buah yg mempunyai banyak nutrien berbanding buah lain.. Woww..! Hebatkan buah delima ni.. Selain tu biji delima pula sarat dengan vitamin pemberi tenaga, mineral & tinggi anti-oksidanya.. Delima juga kaya dengan polyphenols, yg bertindak sebagai superior antioksida. Sebab tu bagi sesetengah budaya, buah delima ni digunakan sebagai agen terapi, terutamanya untuk mengekalkan keremajaan & menjana kesihatan yg baik.. KIranya awet muda gitu.. hihihii..


Fakta yg ni lagi menarik.. Dari sudut sejarah islam, buah delima yg juga dikenali sebagai ‘buah dari syurga’, ada disebut dalam Al-Quran sebagai salah satu buah yg ditanam & dapat dinikmati di halaman syurga.. Manakala di Iran & Iraq, jus delima dikumur terlebih dahulu sebelum diminum.. Nak tau kelebihannya..?? Ia membantu membersihkan mulut & gigi serta mencegah infeksi lantas membantu mengurangkan bau mulut.. Ianya juga dapat mengatasi masalah suara serak & menghindari kekeringan tekak.. Ertinya uols takyah susah g Watson atau Guardian beli  listerine total care yg mahal tu.. heh..

Buah delima ni bukan je khasiat untuk uols muda remaja ni tapi baik juga untuk kanak2 kerana mengandungi zat tannin yg dapat membius cacing gelang, cacing kremi & cacing pita yg terdapat dalam usus kebanyakkan kanak2.. Apa macam berkhasiat kan buah delima ni walaupun namanya mungkin tidak sepopular Siti Nurhaliza namun ia tetap mempunyai kelebihan yg mungkin tidak diketahui kebanyakkan uols sampailah tertulisnya entri sy ni.. hihihihi… *gedik lah* kehkehkehh..

0 Budak Comel:

Post a Comment