>

Protes Hina Nabi Muhammad S.A.W

Anyonghasaeyo..

Sejak keluar isu ini, serata dunia mengadakan protes untuk menyekat video ini, namun pihak Uncle Google pula tak nak padamkan.. Malahan menegaskan pendirian mereka untuk tidak memadam video menghina Nabi Muhammad SAW walaupun ia telah mencetuskan protes di kebanyakan negara di rantau Arab..
Dalam satu kenyataan, Google juga menolak tuntutan banyak pihak yang menggesa syarikat Internet gergasi itu untuk mengeluarkan video menyinggung perasaan orang Islam tersebut.. Menurut jurucakap Google, treler filem berdurasi 14 minit berjudul Innocence of Muslims dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile itu kononnya tidak melanggar polisi dan garis panduan Youtube..


Oleh kerana filem yang sungguh kurang ajar ini (menghina Nabi Muhammad) telah berlakunya tunjuk perasaan di seluruh dunia.. Di Indonesia, penduduk negara berkenaan mengadakan demonstrasi bagi menuntut AS menghukum penerbit filem biadab Innocence of Muslims itu..Sekitar 200 penunjuk perasaan membakar bendera AS dan beberapa buah tayar di luar Pejabat Konsulat AS di bandar ketiga terbesar di Indonesia, Medan semalam.. Sebahagian mereka membawa kain rentang yang menyatakan : “AS pergi ke neraka”.. Para penunjuk perasaan itu menuntut Washington menghukum pembikin filem tersebut..


Pada sy setiap orang ada cara sendiri nak tunjuk protes kan.. Tapi sy tertarik membaca Rencana KUNTA KINTE dalam Berita Harian bertarikh 21 September 2012.. Menurut beliau kita boleh tunjuk perasaan bantah perbuatan pengeluar, pembiaya & pengedar filem tu.. Tapi janganlah sampai ganas serta fanatik sampai mati saudara seagama.. Itu kerja bodoh sedunia katanya.. Bila difikirkan balik ape betulkan..?? Kadang² kita bertindak ikut marah kite je tanpa kite ketahui kesan sekeliling.. Orang islam buat bantahan & yg mati pon orang islam sendiri.. Bukankah orang kafir dikirakan berjaya memporak perandakan orang islam..?? Fikirkanlah.. Saya tabik dengan Pergerakan Pemuda Umno, pergerakan Pemuda parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru sejurus selepas solat Jumaat mengadakan perhimpunan aman bagi mengecam penerbitan filem itu.. Itu yg kite nak tengokkan..? Islam bersatu tanpa pegangan politik..

 

0 Budak Comel:

Post a Comment